Followers

Wednesday 11 March 2015

TALAM KELADI

Assalamualaikum..
Sekarang nih kan..i tengah kemaruk buat pelbagai talam. Al maklum la orang baru pandai nak belajar kan. Kalau dulu dah kecewa tahap dewa dah..tak nak buat sebab asyik tak memuaskan aje. Asyik kedut sana..lembik sini..errmmm..

Sekali setelah 3 kali 'try & error' bila dah menjadi sedikit, mulalah jadi jakun nak membuat talam jer kerjenya kannn hahahha..tapi tak tahu siapa yang makan..akhirnya bagi kat satpam jerla kann..rizki mereka..






TALAM KELADI
Sumber : Che CT

Bahan-bahan lapisan bawah..
300 gm keladi - potong dadu - rendam dalam air garam - toskan - kukus 5 minit baru timbang
200 gm tepung beras
25 gm tepung ubi
100 gm gula kastor
1 1/2 sdk garam
300 gm santan pekat
700 gm air

Bahan-bahan lapisan atas..
180 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
3 biji telur
250 gm santan pekat
500 gm air
2 sdk perasa keladi
1 sdk pewarna ungu

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 10x10x3 inci, lapik plastik melebihi loyang dan sapu sedikit minyak.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah kecuali keladi dan gaul sebati.

4. Tapiskan, tuang dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
5. Masukkan keladi yang telah dikukus, gaul sebentar dan tuang dalam loyang yang tersedia.
6. Ratakan dan kukus selama 25 minit.
7. Sementara itu sediakan untuk lapisan atas.
8. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan atas dan pukul dengan whisk sehingga sebati dan tidak berbintil.
9. Tapiskan, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
10. Setelah lapisan bawah masak, lorekkan sedikit adunan bawah dengan garfu.
11. Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang dan kukus lagi selama 30 minit.
10. Tutup api pengukus, lap air diatas permukaan talam dengan tisu dan sejukkan atas redai.
11. Pastikan talam benar-benar sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.






No comments:

Post a Comment