Followers

Tuesday 13 January 2015

PECAN BUTTERSCOTH CAKE

Assalamualaikum..
Sudah dua kali i buat pecan caramel tu..kemudian tak jadi buat kek tapi makan macam tu aja..kunyah-kunyah sampai tak sedar dah nak habis hahaha..kannn..

Hari ini, Awin kata nak buat lagi..kali ini buat betul-betul. Itupun i lambat-lambat buat sebab vitamin R hilang dilautan sepi. Dua hari ini memang hilang sungguhlah vitamin R tu..nih pun gagahkan juga. Nasib baik sempat diselesaikan.

Resepi kalu nak diikutkan memang banyak ada kat mok cik mok cik gugel tu..dan rata-ratanya dari sahabat FB juga dari sis Ash Nasir. Terima kasih sis sudi berkongsi resepi dengan semua sahabat-sahabat di alam maya. Moga Allah lipat gandakan rizki sis sekeluarga. Aminn.

Untuk Pecan Butterscoth ini i buat versi yang mudah. Kek span i hanya menggunakan resepi yang ringkas yang menggunakan tepung optima. Butterscoth pula i lebih gemar menggunakan resepi yang biasa i buat untuk Roti Sarang Lebah. Maka..jika kalian mahukan resepi yang sebenarnya boleh layari Google yang mengatakan sumber dari Ash Nasir.









Bahan-bahan kek..
300 gm tepung optima
4 biji telur A
1 sdk perasa vanila
70 gm susu segar
80 gm minyak jagung

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung optima, telur dan perasa vanila, pukul sehingga rata.
2. Masukkan susu segar dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga naik sekali ganda atau selama 8 minit.
3. Tuang minyak dan kaupbalik adunan sehingga sebati dan rata.
4. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak. JANGAN oles mentega.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.

Bahan-bahan butterscoth..
100 gm mentega
100 gm gula perang
180 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk perasa vanilla
1/4 sdk garam
100 gm coklat putih - cairkan secara double boiler

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, cairkan mentega sehingga sedikit mendidih.
2. Masukkan gula perang, kacau sehingga gula perang larut dan sedikit pekat.
3. Dengan perlahan dan berhati-hati, masukkan uht whipping cream, corn syrup, perasa vanila dan garam, gaul berterusan sehingga sebati.
4. Tuang coklat putih yang telah dicairkan dan biarkan atas api dengan api kecil sehingga sedikit pekat.

Bahan-bahan pecan karamel..
100 gm gula kastor
100 gm pecan - potong kecil

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan gula sehingga cair dan keperang-perangan. JANGAN perang sangat nanti akan jadi pahit.
2. Masukkan pecan dan gaul secepatnya.
3. Tuang pecan karamel dalam loyang, ratakan dan biarkan sejuk.
4. Apabila sejuk, pecah-pecahkan pecan menjadi kecil.

Bahan-bahan frosting..
250 gm fresh cream - pukul bertanduk
150 gm butterscoth

Cara-caranya..
1. Apabila fresh cream telah dipukul sehingga bertanduk, masukkan butterscoth dan pukul lagi biar sebati.

KAEDAH MELAPISI KEK..
1. Potong kek kepada 3 bahagian. Ambil sekeping kek dan letakkan diatas papan kek.
2. Masukkan sebahagian BUTTERSCOTH dalam piping bag dan pipe kan pada keliling lapisan kek dan ratakan dengan menggunakan spatula.
3. Masukkan sebahagian FROSTING dalam piping bag juga dan pipe kan pada keseluruhan kek lapisan pertama dan ratakan dengan menggunakan spatula juga.
4. Taburkan PECAN KARAMEL dan tindihkan pula dengan kek lapisan kedua dan ulangi langkah-langkah nombor 2, 3 dan 4.
5. Setelah selesai melapisi kek terakhir, sapu nipis FROSTING pada keseluruhan kek dan sejukkan dalam 30 minit.
6. Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapu habis FROSTING pada keseluruhan kek sehingga rata.
7. Tuang baki BUTTERSCOTH atas kek, ratakan dan biarkan butterscoth meleleh ditepi-tepi kek.
8. Hiaskan keliling kek dengan baki PECAN KARAMEL.
9. Sejukkan semula dalam kek selama 1 jam kemudian baru dihidangkan.




2 comments: