Followers

Sunday 30 November 2014

STEAM BROWNIES STRAWBERRY CHEESE

Assalamualaikum..
Lama sungguh i tak buat kek ini..ada dalam 3 tahun. Hari ini tempahan untuk kek ini kembali lagi. Syukur Alhamdulillah terus menerus dengan rizki yang tidak putus.

Kebetulan tempahan dari customer, i buat lebih adunan buat keluarga. Bila makan, teringat akan Amanda Brownies dari Bandung yang popular tu. Bila la nak pergi lagi ya? Memang rancang nak pergi dalam masa terdekat. Kalau ada yang nak join sekali jom laa hehehe..call i hokey..

I kongsikan sekali lagi resepi di sini. Asal resepi ini i dapat dari rakan FB kalau tak silap saya dan terlupa namanya. Minta maaf ya sis, jika u terbaca, ribuan terima kasih dari i. 





Bahan-bahan brownies..
80 gm mentega - suhu bilik
50 gm coklat compound - potong kecil
130 gm gula kastor
5 biji telur
1 sdk coklat emulco
50 gm tepung superfine*
30 gm serbuk koko*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
50 gm gula kastor
30 gm ovallete
3 biji telur
50 gm tepung superfine*
30 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
200 gm cream cheese
3 sdb susu pekat manis
1 sdk strawberry emulco
60 gm minyak jagung

Cara-cara brownies..
1. Satukan mentega dan coklat compound dalam bekas aluminium dan cairkan mengikut kaedah 'waterbath'. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang sekali ganda.
3. Masukkan adunan coklat yang telah sejuk bersama coklat emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masuk pula adunan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
5. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan telah dioles sedikit mentega.
6. Panaskan periuk kukusan sehingga berasap dan kukus brownies selama 30 minit.
7. Sementara itu sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk pengadun, pukul gula kastor, ovallete dan telur sehingga naik sekali ganda.
9. Masukkan adunan tepung superfine dan tepung jagung dan gaul rata dan sebati. Ketepikan.
10. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga sedikit lembut.
11. Tambahkan susu pekat dan strawberry emulco, pukul sehingga sebati.
12. Tuang adunan nombor 9 kedalam adunan cheese dan pukul lagi bagi rata.
13. Akhir seklai tuang minyak jagung dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga adunan betul-betul rata dan sebati.
14. Keluarkan brownies dari pengukus, lorek-lorekkan brownies dengan garfu, ini supaya adunan cheese melekat dengan brownies dan tuang adunan cheese diatas brownies dan ratakan.
15. Kukus semula selama 30 minit.
16. Keluarkan dan sejukkan atas redai.





No comments:

Post a Comment