Followers

Sunday 8 June 2014

KUEY TEOW GORENG

Assalamualaikum..
Rasanya dalam banyak-banyak entry dalam blog ini..belum pernah lagi ada enty untuk kuey teow. Betul ke ejaan untuk 'kuey teow' tu hehehe. Takpelah asalkan faham ya.

Semalam i hidangkan buat tetamu yang hadir. Biasanya untuk kuey teow nih i suka buat kering berbanding macam mee goreng i suka lebih kepada basah-basah. Citarasa mengikut selera masing-masing kan.





Bahan-bahan..
1 kg kuey teow - cuci bersih -toskan
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk kasar
3 sdb cili kering kisar
15 ekor udang - cuci bersih
1/2 cawan air panas
3 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
Garam dan perasa
1 bungkus daun kucai - cuci bersih - potong kasar
5 genggam taugeh - cuci bersih
3 genggam kerang - sukatan selepas direbus
6 sdb sos cili MAGGI

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan biarkan sehingga cili masak.
3. Masuk udang, biarkan separuh masak dan masukkan air, biar sehingga mendidih.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, garam, perasa dan gaul rata.
5. Diikuti dengan kuey teow, daun kucai, taugeh dan kerang, gaul sehingga semua bahan sebati dan rata.
5. Akhir sekali masukkan sos cili dan gaul lagi sehingga sebati, gaulkan dalam 5 minit.
6. Siap di masak, hidangkan.



No comments:

Post a Comment