Followers

Sunday 8 June 2014

BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu kita. Semalam ada tetamu yang datang jadi menu ini adalah antara yang dihidangkan. I buat mana yang ada dirumah sebab tak sempat nak kemana-mana.

Semalam tak berkesempatan nak updated. Jadi pagi-pagi nih sebelum sibuk tengah hari nanti wajib cepat-cepat lakukan..





Bahan-bahan..
5 genggam kacang hijau - rendan 1 jam
1 liter air
1 inci halia - diketuk10 ulas durian - saiz sederhana - dilenyekkan agar isi durian terkeluar dari biji
200 gm santan KARA
300 gm air suam
3 sdb gula merah
6 sdb gula kasar
1/4 sdk garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya..
1. Rebus kacang hijau dengan air bersama halia sehingga kacang lembut.
2. Masukkan durian bersama biji, santan, air suam, gaul rata dan biarkan mendidih.
3. Masukkan gula merah, gula kasar, garam dan daun pandan, gaul sebati.
4. Renehkan dengan api sederhana selama 15 minit.
5. Jika inginkan kuah yang pekat biarkan lama diatas api sehingga pekat. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment