Followers

Monday 28 April 2014

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum..
Pagi-pagi tadi dapat juga buat mee goreng kegemaran i dan Awin. Lama juga tak masak dan kebetulan Awin balik dari U jadi adalah orang yang nak makan. Kalau tidak i dan suami lebih makan di luar saja.

Anak-anak 2 orang Awin dan Aman dah besar dan dah sambung belajar kecuali Adik, itu pun waktu persekolahan Adik dari pagi sampai ke petang. Kalau suami kerja tinggallah i sorang-sorang terkontang kanting huhu..sedih kann..

Jadi, bila anak-anak balik, barulah seronok memasak. Betul tak..





Bahan-bahan..
1 bungkus mee kuning - cuci bersih -toskan
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk kasar
3 sdb cili kering kisar
10 ekor udang - cuci bersih
1 cawan air panas
1 ikat sawi - cuci bersih - potong kasar
3 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
Garam dan perasa
3 genggam taugeh - cuci bersih
6 sdb sos cili MAGGI

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan biarkan sehingga cili masak.
3. Masuk udang, biarkan separuh masak dan masukkan air, biar sehingga mendidih.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, garam, perasa dan gaul rata.
5. Diikuti dengan mee kuning dan taugeh, gaul sehingga semua bahan sebati dan rata.
5. Akhir sekali masukkan sos cili dan gaul lagi sehingga sebati, renehkan dalam 2 3 minit.
6. Siap di masak, hidangkan.



2 comments:

  1. Assalam sis..
    cian dia..betul sis cakap..kalau ramai kat rumah barulah seronok masak kan..kalau
    sorang2, macam tak best gitu masak & makan sorang2..kira
    tak ada competition untuk makan rebut2..hehe..
    sedap nampak mee goreng basah..kita pun suka goreng mee gaya macam ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt siss..
      Kan sis, bila anak2 xde kita masak mesti x habis..sygg..sedihh..mkn pun x berapa selera..kan..
      Mee goreng kita suka basah2 sikit mcm nih sis br sluurrpp hihi..

      Delete