Followers

Friday 25 April 2014

CREAM CARAMEL

Assalamualaikum..
Semalam i terlihat sahabat FB sis Ct Zubaidah buat jualan 'cream caramel'. Niat dihati teringin nak makan dan ingin membeli tapi bila fikir semula..alahaii siapa pula nak ambil.

Pagi nih, i lihat telur banyak sangat yang belum habis..sebab telur nih dah beli hampir seminggu..nanti lagi lama lagi kurang berkualiti jika kita nak buat untuk kek-kek lain..betul tak..

Jadinya i beritahu Awin nak buat "Quiche" sebab nak habiskan telur. Dengan spontan Awin bilang "kenapa tak buat cream caramel"? lagi guna banyak telur kan..iya tak iya jugak kan..

Makanya, jadilah..terhasillahhh CREAM CARAMEL..







Bahan-bahan..
10 biji telur
250 gm susu pekat manis
600 gm susu cair Ideal
200 gm air putih
1 sdb esen vanilla
1 sdk tepung kastad
1/4 sdk garam halus
Golden syrup secukupnya
Buah-buahan untuk hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan semua bahan-bahan kecuali golden syrup, pukul sebati dan tapiskan.
2. Ratakan golden syrup pada keseluruhan dasar loyang bersaiz 8 inci atau 'bundt pan' atau loyang yang sesuai.
3. Tapis dan tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang atau 'bundt pan' yang berisi golden syrup tadi.
4. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan dan kukus selama 20-30 minit dengan api sederhana.
5. Cucukkan lidi kedalam 'cream caramel', jika lidi boleh berdiri dengan tegak bermakna 'cream caramel' telah siap dimasak.
6. Rendamkan loyang kedalam air sejuk selama 10 minit, ini supaya 'cream caramel' senang untuk keluar dari loyang.
7. Keluarkan dari loyang, hiaslah dengan buah-buahan kegemaran, sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dihidangkan.

Note :
- Golden syrup boleh juga digantikan dengan madu atau 1/2 cawan gula yang dimasak sehingga perang.
- Boleh juga dikukus didalam bekas kecil.
- Boleh juga dibakar secara 'waterbath'.







No comments:

Post a Comment