Followers

Sunday 5 January 2014

CHERRY CLAFOUTIS

Assalamualaikum..
Di Negeri Johor, hari ini hari pertama anak-anak bersekolah pada hari Ahad. Permulaan yang baru. Kebiasaannya hari Ahad hari berkeluarga tapi kini hari Ahad adalah hari waktu persekolahan dan berkerja..tapi mama tak kerja..mama dok rumah aje hihi..

Dek kerana semacam boring di rumah, pagi-pagi buta gelap gelita rentung duniawi ini, i dah mula ber'baking'. Menu ini sebenarnya Awin yang nak buat sebab dia yang skodeng hehehe..tapi semalam Awin dah balik kampus..so mama la yang mewarisinyaaa..mesti Awin jeles kan..

Awinnn Awinn..meh la tengok nih..mama dah buat.., 
Eh! eh! macam Awin dengar i jerit-jerit kann..
eh! kalau i jerit u all pun tak dengar kan kikikiki..
dah la dah laa..










Bahan-bahan..
500 gm cherry - cuci bersih - buang tangkai - belah separuh - keluarkan biji
60 gm tepung gandum*
10 gm tepung kastard* - *satukan dan ayak
100 gm gula kastor
1 sdk garam halus
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
50 gm uht whipping cream
300 gm susu segar
1 sdb snow sugar - hiasan

Cara-caranya..
1. Susun buah cherry yang telah dibuang biji kedalam bekas 'casserole' yang telah di gris dengan mentega atau 'spray cooking' atau loyang yang sesuai. (lebih kurang 8 inci).


2. Dalam mangkuk sederhana, satukan tepung gandum, tepung kastard, gula dan garam, gaul rata.
3. Tambahkan telur sebiji-sebiji dan gaul sehingga telur sebati dengan adunan kering.


4. Tambahkan esen vanilla, uht whipping cream dan susu segar, gaul sehingga adunan semua rata dan sebati.


5. Tuang adunan dalam bekas 'casserole' yang berisi buah cherry tadi.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 50 minit.
7. Keluarkan dan biarkan sejuk kemudian ayakkan 'snow sugar' diatas 'clafoutis'.
8. Potong dan hidangkan untuk hidangan petang.


Melalui info Wikipedia.
Clafoutis berasal dari rantau Limausin Perancis yang membawa maksud pencuci mulut dalam bahasa Perancis. Pencuci mulut yang dibakar bersama ceri hitam bersama puding karamel yang tebal.

Friday 3 January 2014

RENDANG DAGING PEDAS

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..akhirnya i dapat membuat rendang daging mengikut citarasa anak-anak dan suami. Ceritanya macam nih, kelmarin..i ketandusan idea nak masak..jadi i tekad nak buat rendang sebab teringin sangat-sangat nak makan.

Awin kata..,
"Mama..tak payah la masak rendang..nanti tak jadi macam sebelum-sebelum nih"
I pun jawab laa..
"Alaaa..mama nak masak rendang jugak"

Awin pun berkeras kata tak payah..tak payah..

Akhirnyakan..i buat derk aje dengan Awin dan terus masak..
Dah siap masak kan, i pelawa Awin makan, Awin macam nak tak nak, last-last Awin rasa dan makan juga..dia ambil la nasi sesenduk dan rendang sikittt..sekali dah rasa..haaaaaaa siap tambah sepinggan penuhhh uu harharhar..kannn dah kena penangan air tangan mama hahahha..

Malam suami balik..suami i pun rasa..Alhamdulillah suami kata sedap..suke suke suke tau..kembang setalamm hahaha..

So pagi tadi kami sekeluarga pergi Aeon..dalam kereta dok berborak-borak la..suami tanya nak beli apa..i kata nak beli daging (sebab family kami memang semuanya suka daging) so suami kata ok laa..beli daging lebih dan masak rendang macam kelmarin..suami kata sedapppp..gilaaa uuu i kembang sebesen pulakkk hahahha..

Maka malam ini siap sedia la Rendang Daging Pedas kamiii..Awin pun nak tapau bawak balik kampus..Alhamdulillah..akhirnya i dapat juga buat rendang kegemaran keluarga, kalau tidak sebelum-sebelum nih suami yang masak..Syukurrr..





Bahan-bahan..
1 1/2 cawan minyak masak
1 kilo daging batang pinang - hiris nipis dan lebar
10 biji bawang merah besar sederhana*
15 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
10 biji cili api*
1 sdk lada hitam*
6 batang serai*
1 cawan air* - *kisar lumat
3 cawan cili kering kisar
5 sdk ketumbar**
3 sdk jintan manis**
3 sdk jintan putih** - **kisar kering dan sangaikan sehingga naik bau
600 gm santan KARA
2 sdb gula merah
3 sdk garam
1 sdk perasa
2 keping asam gelugor
5 helai daun kunyit - buang urat tengah dan hiris halus
3 sdb kerisik

Cara-caranya..
1. Sediakan kuali besar, sangai ketumbar, jintan manis dan jintang putih yang telah dikisar halus. Angkat.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan bawang yang telah dikisar lumat sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili dan bawang sedikit garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang disangai tadi dan biarkan lagi dalam 8 minit.
4. Tambahkan daging, gaulkan sehingga daging rata dan sebati. Masakkan sehingga air daging keluar dan sehingga air daging mengering.
5. Masukkan santan dan gaul sebati dan rata. Renehkan sehingga sedikit kering.
6. Apabila sudah separuh kering, tambahkan gula merah, garam, perasa, asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata lagi dan biarkan daging mengering lagi.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gaul sebati dan sehingga kering. Bila sudah masuk kerisik pastikan rendang sentiasa digaul, ini kerana rendang akan mudah melekat di kuali.


Nota :-
- Jika suka boleh tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Nak tambah daun limau purut juga boleh.
- Tambahan buah keras juga boleh didalam bahan-bahan bawang.

Thursday 2 January 2014

DONUT..OOH! DONUT..

Assalamualaikum..
Donut..donut..donutt..
Adalah kuih kegemaran anak-anak, semuanya suka donut..mak pak nih pun suka donut..
Memang kalau buat mesti i buat lebih dan buat sekalian untuk 'frozen'. Jadi nanti bila-bila anak-anak nak makan i tinggal gorengkan sahaja. Senang kerja kan kan..









Bahan-bahan..
280 gm susu segar
1/2 sdk garam
40 gm gula kastor
1 biji telur A
500 gm tepung protien tinggi
11 gm yis kering
40 gm shortening

Cara-caranya..
1. Mengikut kaedah 'breadmaker' - satukan bahan-bahan mengikut turutan dari atas ke bawah.
2. Tekan setting 'bread dough' dan biarkan mesin bergerak dengan 'setting' selama 1 jam 30 minit.
3. Keluarkan doh dari mesin, tabur sedikit tepung diatas meja dan uli-ulikan doh untuk mengeluarkan angin.
4. Canaikan doh, terap dengan acuan donut.


5. Susun atas loyang, buat sehingga habis dan biarkan donut naik sekali ganda.

6. Panaskan minyak penuh dalam kuali dengan api yang kecil dan goreng donut sehingga keperang-perangan, angkat dan toskan.
7. Salutkan donut dengan gula atau perasa pilihan anda.


Nota : 
- Goreng donut separuh masak jika mahu sejukbekukan donut.
- Toskan
- Biarkan sejuk diluar
- Susun dan simpan dalam bekas kedap udara
- Sejukkan didalam peti sejuk

PASSION FRUIT CHEESECAKE

Bismillahhirrohmannirrohhim & Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat juga i updated resepi cheesecake ini. I buat awal bulan Disember yang lepas dan dibawa ke Selangor untuk hidangan ahli keluarga. Hampir lupa nak updated dan hampir lupa dimana i letak resepinya. Alhamdulillah dah jumpa..syukur..














Bahan-bahan..
300 gm biskut marie - hancurkan
125 gm mentega - cairkan
500 gm cream cheese - suhu bilik
155 gm gula kastor
1 biji kulit lemon - diparut
2 sdk jus lemon
2 sdb tepung gandum - ayakkan
5 biji telur A
125 gm uht whipping cream
100 gm markisa

Bahan-bahan topping..
1 sdb tepung jagung
80 gm air
170 gm markisa
60 gm gula kastor

Cara-cara kek..


1. Dalam mangkuk sederhana, gaulkan biskut marie dan mentega cair sehingga sebati dan tuang dalam loyang 'spring foam' bersaiz 8 inci. Ratakan biskut pada keseluruh dasar loyang dan ditepi-tepi loyang, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2. Dalam mangkuk pengadun, satukan cream cheese, gula kastor, kulit lemon dan jus lemon, pukul sehingga lembut.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul sebati dengan kelajuan sederhana.
4. Masukkan telur 1 biji untuk 1 minit, habiskan kelima-lima telur sambil dipukul rata.
5. Tuang uht whipping cream dan pukul lagi.
6. Akhir sekali, masukkan markisa dan gaul rata dan adunan sebati.


7. Tuang adunan dalam loyang biskut yang disejukkan tadi dan ratakan. Balut bahagian bawah loyang dengan 'aluminium foil'

8. Bakar secara 'water bath' dengan suhu 160C selama 1 jam 10 minit.
9. Tutup suis oven, keluarkan loyang kek dari loyang takungan air dan masukkan loyang kek kedalam oven semula sambil penutup pintu oven direnggangkan dan biarkan kek didalam oven selama 2 jam. Jangan risau jika bahagian tengah kek masih bergoyang. Selepas 2 jam sejukkan kek dalam peti sejuk semalaman.

Cara-cara topping..
1. Dalam periuk kecil, masak markisa bersama gula sehingga gula larut.
2. Masukkan tepung jagung yang telah di larutkan bersama air.
3. Renehkan sebentar sehingga sedikit kental.


4. Tuang atas 'cheesecake' yang telah disejukkan semalaman dan sejukkan kembali dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.




5. Siap untuk dihidangkan.