Followers

Wednesday 4 December 2013

BERRIES WHOLEMEAL BREAD PUDDING

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat.
Bulan 12 nih boleh dikatakan hari-hari hujan kan. Bila dah hujan badan pun menjadi lesu (i laa..nak rehat jer kejenya kiki), dah la lesu kemudian asyik lapar aja..betul tak? tak kira masa laparnya huhu..mana tak gebu..

Bila dah hujan sedap makan pelbagai makanan yang manis, jadinya semalam i buat satu menu yang sudah lama i tak hidangkan, dengan tambahan beri-beri segar, rasanya sungguh sedap di tambah pula dengan sos coklat putih, lagilah bertambah sedap.












Bahan-bahan..
15 keping roti gandum - potong dadu
100 gm blueberri
100 gm raspberri
100 gm cranberri
800 gm susu cair IDEAL
4 biji telur A
130 gm gula perang
50 gm mentega - cairkan
1 sdk SPEKUK - boleh diganti dengan serbuk kulit kayu manis @ nutmeg
2 sdk esen vanila

Cara-caranya..


1. Tabur rata roti bersama blueberri, raspberri dan cranberri dalam bekas tahan panggang bersaiz 12x10 inci ataupun loyang yang sesuai yang telah dioles mentega atau 'spray cooking'.

2. Dalam bekas besar yang lain, satukan susu cair bersama telur, gula perang, mentega cair, spekuk dan esen vanila, pukul rata dan sebati.


3. Tapis dan terus tuang kedalam bekas berisi roti dan rehatkan selama 20 minit.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk dari panas kemudian sejukkan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik.
6. Hidangkan bersama sos yang tersedia. Resepi dibawah.

Bahan-bahan sos..
400 gm uht whipping cream
30 gm gula perang
1 sdk esen vanila
1 sdk SPEKUK
130 gm coklat compound putih - hiris halus
30 gm mentega
1 sdk tepung jagung

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam pan kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Masukkan gula perang, esen vanila, spekuk dan gaul rata.
3. Masukkan coklat compound putih dan mentega, gaul sehingga kesemuanya larut.
4. Tambahkan tepung jagung dan gaul rata, renehkan sehingga sos sedikit pekat.


Sunday 1 December 2013

RASPBERRY BROWNIES OREO

Assalamualaikum dan salam hujung minggu untuk semua.
Hari ini pastinya semua ahli keluarga berada dirumah kan, dan bagi kita yang bergelar mama, ibu, mummy, umi pasti menyediakan juadah buat keluarga tersayang, i juga tidak ketinggalan.

Brownies ini sememangnya menjadi kegemaran Awin, apa jua brownies. Jadi dengan kepulangan Awin, malam tadi i menyedia satu lagi brownies baru untuk Awin dan yang pasti i kongsikan bersama.

Tak banyak yang i boleh celotehkan disini karena masa tidak mengizinkan..Jom kita lihat ya..










Bahan-bahan..
310 gm coklat compoound - potong kecil
230 gm mentega
2 sdk nescafe 3 in 1
230 gm gula kastor
80 gm gula perang
5 biji telur A
160 gm tepung gandum*
10 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
100 gm oreo 'crushed'
150 gm raspberi segar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar masukkan coklat dan cairkan dengan kaedah 'double boiler'.


2. Masukkan mentega dan gaul sehingga cair.

3. Masukkan serbuk nescafe dan gaul lagi.
4. Padamkan api, masukkan gula kastor dan gula perang, gaul sehingga kedua-dua gula larut. Biar sejuk sebentar dalam 10 minit.
5. Masukkan 3 biji telur dan gaul sehingga sebati, diikuti dengan baki 2 telur lagi dan gaul lagi sehingga sebati. Jangan masuk telur sekaligus.


6. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit yang telah diayak dan kaupbalikkan sehingga adunan rata.

7. Masukkan oreo 'crushed' dan gaul rata diikuti dengan sebahagian dari raspberi segar.


8. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 10 x 7 inci yang telah dilapik dengan kertas minyak dan oles sedikit mentega atau 'spray cooking'. Boleh juga gunakan loyang bersaiz yang bersesuai. Ratakan adunan.


9. Susun sebahagian raspberi segar diatas adunan.

10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit. Jangan terlebih bakar. Jangan risau jika bahagian tengah brownies masih bergoyang. Biarkan brownies didalam oven semalaman atau boleh disejukkan dalam peti sejuk.
11. Potong mengikut citarasa anda.