Followers

Monday 25 November 2013

BLUEBERRY WHITE CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..
Semalam i telah mencuba 2 jenis kek terbaru dan pertama kalinya i mencuba dan ini salah satu antaranya. Semuanya gara-gara ingin yang baru dan ingin menghabiskan stok buah dalam simpanan.

Untuk resepi kek, i dapatkan dari WILTON dan untuk menghabiskan putih telur yang ada, i telah menukar telur penuh dengan hanya menggunakan putih telur sahaja dan hasil tidak mengecewakan, syukur.

Untuk 'frosting' pula i hasilkan dari gabungan pelbagai sudut dan idea yang ada..i perah-perah idea..tu yang tetiba keluar hihihi..alaa idea biasa aja..tidak la 'keren' sangat pun kan..












Bahan-bahan..
300 gm susu segar
120 gm coklat putih - potong kecil
1 sdk esen vanila
180 gm mentega
230 gm gula kastor
120 gm putih telur
300 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan susu segar sehingga berbuih ditepi-tepi periuk. Tuang dalam mangkuk berisi coklat dan gaul sebati. Tuang bersama dengan esen vanila. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga berkrim dan gebu.
3. Tambahkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga sebati dan rata.
4. Tambahkan adunan tepung bergilir-gilir dengan adunan coklat tadi, gaul sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan di oleskan dengan sedikit mentega.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40-50 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai sebentar baru dikikis ditepi-tepi loyang dankeluarkan kek dari loyang. Sejukkan sepenuhnya.
8. Potong kek kepada 3 bahagian, sapukan adunan cheese pada lapisan pertama. (resepi dibawah)
9. Letakkan kek lapisan kedua dan sapu adunan cheese dilapisan kedua diikuti dengan kek lapisan ketiga dan sapu nipis adunan cheese pada keseluruhan kek, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
10. Sapu sepenuhnya keseluruhan kek dengan adunan cheese, lepa ikut kreativiti kalian.
11. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong untuk dihidangkan.

Bahan-bahan frosting..
150 gm blueberry segar - kisar hancur*
100 gm gula kastor* - *satukan dan panaskan atas api sehingga sedikit pekat - sejukkan
250 gm cream cheese
50 gm mentega
1 sdk pewarna ungu
1 sdk perasa blueberry
250 gm fresh cream - pukul sehingga kental

Cara-caranya..
1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga rata.
2. Tambahkan puri blueberry bersama pewarna dan perasa dan pukul sehingga sebati warnanya.
3. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit dan pukul sehingga rata dan sebati keseluruhannya.
4. Siap digunakan.



4 comments: