Followers

Friday 18 October 2013

PANDAN CHIFFON PUTIH TELUR

Assalamualaikum..
Sekarang sudah jam 10 malam, kalau i memang dah lewat dah nih, mata pun dah kuyu-kuyu ikan puyu..nak taip pun macam nampak tak nampak jer hurf-huruf kat keyboard nih..

Dari petang tadi i dah keluarkan putih telur tapi bila sampai jam 6 petang tak terbuat jugak..lepas magrib tadi baru i gagahkan buat, kalu tidak alamatnya memang tak buat la..berkali-kali keluar masuk putih telur nih haaa..

Dek kerana i pun tak tahan nak membaking, i teruskan juaa..hihi..akhirnya terhasil juga..jom lihat..




Bahan-bahan..
530 gm putih telur - suhu bilik
200 gm gula kastor
30 gm ovallete
2 sdk perasa pandan
1 sdk jus pandan
200 gm tepung gandum*
30 gm tepung jagung*
50 gm tepung santan KARA*
30 GM susu tepung* - *satukan dan ayak
150 gm mentega - cairkan

Cara-caranya..
1. Panaskan oven bersama loyang chiffon bersaiz 9 inci dengan suhu 170C.
2. Pukul putih telur dengan kelajuan tingi sehingga berbuih dan masukkan gula dan ovallete dan pukul sehingga kental dan kaku.
3. Masukkan perasa pandan dan jus pandan, pukul lagi sehingga sebati dan rata.
4. Masukkan adunan yang diayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
5. Tuang mentega cair dan gaul sehingga sebati.
6. Keluarkan loyang yang dipanaskan tadi, tuang adunan ke dalam loyang dan ketuk-ketukkan loyang.
7. Bakar selama lebih kurang 40-50 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan kek dari oven dan terus telangkupkan diatas redai, biarkan selama 10 minit, ini supaya adunan tidak mendap kebawah.
9. Kikis ditepi-tepi loyang dengan spatula, keluarkan kek dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.


maaf la yaa..i memang tak pandai amek gambar..

3 comments:

  1. salam kak..

    em, sedapnya..dah lama x makan kek pandan chiffon yang lembut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      alhmdlh sedap jugak..sbb nk habiskan putih telur aje nih..

      Delete