Followers

Friday 5 July 2013

AYAM MASAK LADA HITAM

Assalamualaikum..
Ayam masak lada hitam antara menu kegemaran kami sekeluarga, resepinya juga senang dengan menggunakan sos lada hitam yang menjadi kebiasaan kami sekeluarga terutamanya Awin, sos lada hitam nih pedas sedikit dari sos lada hitam yang lainnya. Sos-sos lada hitam yang lain kurang pedasnya dan tidak terasa akan lada hitamnya, sos ini memang menjadi pilihan kami sekeluarga, Alhamdulillah..jom lihat..




Bahan-bahan..
10 ketul ayam - bersihkan - cuci - toskan - goreng separuh masak
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
2 sdk lada hitam serbuk kasar
5 sdb sos lada hitam
1 cawan air panas
1 sdb kicap pekat
4 sdk kicap manis
1/2 biji cili benggala merah*
1/2 biji cili benggala hijau* - *potong dadu
1 biji bawang holland - potong bulat
Garam dan perasa
Daun bawang - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati diikuti dengan sos lada hitam dan gaul lagi.
3. Tuang air panas, kicap pekat, kicap manis dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masuk pula ayam yang digoreng separuh masak bersama cili benggala merah dan hijau bersama bawang holland dan gaul sebati.
5. Tambahkan garam dan perasa dan biarkan mereneh dalam 3 minit.
6. Siap dihidangkan dan tabur sedikit daun bawang.


sos lada hitam yang biasa kami gunakan.
boleh didapati dipasaraya..

4 comments:

  1. thanx ye kongsi pasal sos lada hitam tu
    leh la pi carik lak pas ni
    neway...nampak menarik betul ayam lada hitam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya sis, mmg sos lada hitam nih sgt sedap sis..

      Delete
  2. Kalau xletak sos lada hitam boleh ganti dgn ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bule juga letak sos tiram tp rasanya berbeza la kan..

      Delete