Followers

Friday 20 July 2012

ASAM REBUS

ASSALAMUALAIKUM

"Mamaa..mamaa nak kuah asamm.."
"Mamaa bile nak buatt kuah asam.."
"Mama, arini buat kuah asam ya.."
"Olololo cian anak gadis mama nih nak asam rebus..harini mama dapat buatkan untuk awin ok.."

Sebenarnya Awin dah minta seminggu yang lepas, tapi kerana sibuk i tak dapat nak tunaikan, Alhamdulillah i dapat laksanakan buat anak gadis i..nanti tengahari Awin balik sekolah dah siap dihidangkan..

"Abang dan adikkk punya donut petang nanti mama buat occayy.."

Biasa lah kan..permintaan anak-anak yang bermacam-macam pilihan dan bermacam-macam karenah, pasti sahabat-sahabat diluar sana pun macam itu juga kan..


Bahan2..
6 ekor ikan kembong - belah dua - rendam air asam - cuci bersih - toskan
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 cm kunyit hidup*
10 biji cili padi*
1 sdk belacan*
10 helai daun kesom* - *kisar halus
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa
1 genggam daun kesom
1 biji timun jepun - potong kasar

Cara2nya..
1. Tuang bahan2 kisar halus dalam periuk bersama serai, biarkan mendidih.
2. Tambahkan garam, gula dan perasa, kacau lagi.
3. Masukkan ikan dan asam gelugor, biarkan mendidih sebentar.
4. Tambahkan daun kesom bersama timun, didihkan sehingga timun lembut sedikit.
5. Siap dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk yang lain.


No comments:

Post a Comment