Followers

Sunday 29 July 2012

PROMOSI RAMADHAN & AIDILFITRI

As-salam semuaa..
Tempahan Ramadhan & Aidilfitri telah dibuka, bermula dari 1hb Ogos 2012 sehingga 1hb September 2012. Promosi harga runtuh kepada yang menempah antara tarikh tersebut.
Sesuai untuk hidangan Aidilfitri ataupun rumah terbuka akan datang.

Antaranya ialah..

1. BUTTERCREAM SLICE CAKE - SAIZ 12" X 12" DENGAN 49 POTONGAN

STRAWBERRY SLICE - RM45.00
 BLUEBERRY SLICE - RM45.00
PEACH SLICE - RM45.00
ORANGE SLICE - RM45.00
CHOCOLATE SLICE - RM45.00
KIWI SLICE - RM45.00
CHOCOLATE COFFEE SLICE - RM55.00
OREO SLICE - RM60





2. CAKE IN JAR - MINIMUM ORDER 10 JAR

RED VELVET - RM6.90
CHOCOLATE CHEESE - RM6.90





3. KEK BUAH KUKUS - SAIZ 8" - RM55.00



4. RED VELVET - SAIZ 8" - 1.6KG - RM65
BOLEH JUGA DIBUAT SEPERTI 'SLICE CAKE'




Jangan malu jangan segan, hubungi 016-7614744 untuk sebarang tempahan.
Tempat serahan di Bandar Putra Kulaijaya, Johor.
Penghantaran sejukbeku bersama TA-Q-BIN hanya ke kawasan..

1. SELANGOR kecuali BANTING, SABAK BERNAM, KUALA SELANGOR dan keatas.
2. JOHOR kecuali MERSING, BATU PAHAT dan KLUANG.
3. Seluruh KUALA LUMPUR.
4. Seluruh PULAU PINANG
5. Hanya di SUNGAI PETANI.

Kos penghantaran kini hanya RM17.00 bagi seluruh kawasan liputan.

NANTIKAN KEK-KEK YANG LAIN SEBAGAI PROMOSI, AKAN DI UPDATE LAGI!!

Saturday 28 July 2012

AYAM MASAK MADU

Assalamualaikum..
Sudah seminggu kita didalam bulan Ramadhan, Alhamdulillah, segalanya atas izin dariNya..
Menu hari ini satu menu yang tak pernah i cuba, resepi dari majalah AROMA keluaran bulan Jun 2012..alaa muka depan AARON AZIZ tuuu hehe..tapi macam biasalah ada yang i tokok tambah hehe..jom tengok..


Bahan..
1/2 ekor ayam - potong kecil - cuci bersih - goreng separuh masak
50 gm kismis*
25 gm kacang gajus* - *goreng sebentar
100 gm buah kurma - buang bijinya - kisar bersama 100 ml air
1 sdb madu

Bahan2 A..
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan2 B..
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
1 helai daun pandan - hiris tebal

Bahan2 C..
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 biji cili kering - rendam air panas - toskan

Bahan2 D..
1/2 sdb jintan putih*
1/2 sdb jintan manis* - *sangaikan dan kisar halus
1/4 sdk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya..



1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 A bersama bahan2 B sehingga naik bau.
2. Tuang bahan2 C, masak sehingga cili masak.
3. Masukkan bahan2 D, kacau lagi biar rata.


4. Masukkan pes buah kurma yang dikisar bersama air, biarkan campuran ini masak seketika. Tambahkan air jika pekat.


5. Masukkan ayam, renehkan dengan api kecil supaya adunan rempah meresap ke ayam.
6. Akhir sekali masukkan kismis dan kacang gajus yang digoreng tadi dan kacau sebentar.
7. Hidangkan setelah masak dan sudukan madu keatas masakan.


selalu keliru jintan putih dan jintan manis..


pecal juga untuk hidangan berbuka hari ini..

Friday 27 July 2012

MASAK LEMAK PUCUK PAKU UDANG

As-salam semua..
Ramadhan ke 7, sahabat yang lain masak apa ya?? Hari ini i buat menu yang mudah dan senang, masak lemak pucuk paku udang dan daging masak rose, sudah cukup buat kami sekeluarga tanpa suami.

Kebetulan memang suami outstation ke Kuala Lumpur, masa inilah i ambil peluang memasak daging, jika suami ada memang tak boleh masak sebab suami ada migrane, kalau makan daging nanti terus sakit kepala dan sememangnya kami sekeluarga memang sukakan daging.


Bahan2..
2 ikat pucuk paku - petik daunnya - cuci bersih
10 ekor udang - buang kulit badan - cuci bersih
10 biji cili api*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1 batang serai*
100 gm air* - *kisar halus
200 gm santan KARA
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa

Cara2nya..
1. Tuang bahan2 kisar dalam periuk bersama santan, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan udang, asam gelugor, garam, gula dan perasa, biar sehingga udang masak.
3. Masukkan pucuk paku, gaul sehingga rata dan biarkan pucuk paku masak.
4. Siap dihidangkan.



Thursday 26 July 2012

KUIZ DARI JUICY CAFE & CAKES

As-salam sahabat-sahabatku semuanya..
Dalam masa terdekat ini, JUICY CAFE & CAKES (JCC) akan mengadakan kuiz bagi semua sahabat-sahabat diluar sana, sebelum ini kuiz telah berkali-kali i adakan di FACEBOOK tapi kali ini i adakan pula di "PAGE JUICY CAFE & CAKES" dan membuat jemputan melalui blog juga.

Semua sahabat-sahabat dialu-alukan untuk menyertainya kuiz ini dengan syarat, hanya perlu klik 'LIKE' page JUICY CAFE & CAKES dan nantikan kuiz yang bakal di aktifkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kuiz-kuiz sebelum ini, i merahsiakan hadiah-hadiahnya tapi berbeza dengan kali ini, i telah menayangkan dahulu hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang, sekurang-kurangnya peserta bersemangat. Betul tak?? betull..

Dalam masa yang sama, dapatlah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim kita sesama Islam dan bangsa yang lain juga. Dalam tempoh i ber'muka buku', ramai kenalan yang datangnya dari yang baik-baik, Alhamdulillah rizki dariNya..dan dengan adanya kuiz ini dan juga kuiz-kuiz sebelum ini dapat juga i menjadi rapat bersama sahabat-sahabat yang lain, ada pula, yang tak pernah bertegur sapa, tetapi dengan adanya kuiz ini sahabat-sahabat ikut serta dan memberi jawapan yang kebanyakkannya amat lucu, sehinggakan i menahan-nahan dengan ketawa..adoooii..memang gembira sangat-sangat..sahabat-sahabat pun hilang 'stress'..Alhamdulillah sekali lagi, dengan kuiz ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan 'stress' sahabat-sahabat.

Akhir kata, jom kita meriahkan lagi page JUICY CAFE & CAKES dengan menantikan kehadiran kuiz yang bakal di aktifkan pada bila-bila masa..

Terima kasih juga dari JUICY CAFE & CAKES kepada semua sahabat-sahabat yang telah 'liked page' tersebut. Terima kasih sahabat.


jeng jeng jeng..


gelas untuk hari raya..cewahhh..


cantik bekas nih, boleh isi banyak biskut..

ROTI SOSEJ

As-salam sahabat semua..
Ramadhan ke 6 telah kita lalui, InsyaAllah dapat kita teruskan sehingga Ramadhan 30..InsyaAllah ya..
Sahabat masak apa ya hari ini?? Hari ini en. suami tiada dirumah, jadi i harus menjalankan tanggungjawab keatas anak-anak, i cuma masak ikan tongkol kicap..sedap kee?? errmm tak tahuuu laa, harap-harap anak-anak suka..tapi 1 menu nih i rasa memang okey hehehe..anak-anak pun suka, resepi asal i cedok dari rumah MAT GEBU..dan i gandakan kuantitinya. I kongsikan disini pula ya cik mat..terima kasih..jom kita tengok yaa..




Bahan2..
8 keping roti GARDENIA
8 batang sosej RAMLY - direbus sebentar - toskan
3 biji putih telur
1 biji kuning telur
200 gm serbuk roti kuning

Cara2nya..


1. Potong kulit roti, gelekkan roti dengan pengelek sehingga nipis.




2. Letak sosej dan gulungkan, sapu kuning telur dihujung roti supaya roti melekat.






3. Golek-golekkan roti sosej dalam putih telur, kemudian golekkan pula kedalam serbuk roti, buat sekali lagi, golekkan kedalam putih telur dan akhir sekali golek sekali lagi kedalam serbuk roti, buat sehingga habis.


4. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng roti sosej sehingga menjadi keperangan.
5. Angkat dan toskan minyaknya.
6. Hidangkan bersama sos pilihan.


Wednesday 25 July 2012

MINI CHEESECAKE JARS

As-salam semua..
Salam Ramadhan untuk hari yang kelima, semoga kita dapat jalankan ibadah dengan hati yang tenang. Amin..






'Mini Cheesecake Jars', pertama kali mencuba resepi ini dan pertama kali juga dibuat dalam 'jar', resepi asal dari MARTHA STEWART, cuma i ada buat tambahan pada 'cream cheese', 8 oz bersamaan dengan 225 gram tapi kebanyakkan sahabat-sahabat pasti membeli cream cheese seberat 250 gram kan..jadi i genapkan menjadi 250 gram, dalam resepi tertera bakar hanya 25 minit tapi i bakar dah sampai 60 minit sebab i cucuk adunan masih basah lagi huhu, kalu 60 minit masa yang sesuai, mungkin juga kerama penambahan 'cream cheese' pembakaran jadi lama..mungkin sis-sis boleh cuba sama ada 25 minit atau 60 minit ya. Untuk sukatan gula juga i kurangkan, kebiasaannya kek-kek dari barat nih sememangnya manis yang keterlaluan. Jom tengok..

Bahan2..
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
3 biji telur A
120 gm sour cream @ yogurt
2 sdb jus lemon
1/4 sdk garam halus

Bahan2 topping..
150 gm fruit blueberry jem@filling

Bahan2 biskut..
80 gm biskut marie - kisar halus*
1 1/2 sdb butter* - *gaulkan biskut marie dan butter - bakar 10 minit 180C

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese sebentar, masukkan gula dan terus pukul lagi selama 3 minit.
2. Masukkan telur sedikit2 dan pukul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan sour cream, jus lemon dan garam, pukul lagi selama 3 minit biar adunan sebati.




4. Sediakan jar bersaiz kecil, tuang adunan sebanyak 100 gram setiap 1 jar, anda akan mendapat 6 jar untuk resepi ini.

5. Bakar dalam oven dengan kaedah 'waterbath' yang telah dipanaskan terdahulu bersama air dengan suhu 180C selama 60 minit.
6. Keluarkan 'jars' dari oven dan sejukkan atas redai.


7. Pipe kan 'fruit blueberry jem' (filling yang ada buah) ke dalam jar dengan rata, diikuti biskut yang dibakar tadi.
8. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tuesday 24 July 2012

KOTAK BAGI KEK BERTINGKAT ATAU TINGGI..

As-salam semuaa..
Alhamdulillah..kita telah sama-sama menjalani Ramadhan hari yang keempat..semoga kita dapat meneruskan bersama bulan Ramadhan sehingga cukup sebulan, InsyaAllah..

Beberapa hari ini i tak memasak, semuanya en. suami yang memasak, alhamdulillah, suami sentiasa membantu dalam memasak, tapi i tak sempat nak ambil gambar..lagi pula kalau i ambil sekali pun i kena tunggu lama untuk mendapat resepi dari suami..hehehe, biasanya bila suami memasak, suami akan menutup pintu dapur kerana tidak mahu isi rumah berbau dan suami juga amat peka dengan jiran sekeliling, lagi-lagi kalau masak menggunakan belacan, katanya tidak mahu jiran terbersin dengan masakannya hehehe, tapi memang benar, suami tutup pintu pun i akan 'haaaaccummmm' di depan rumah hehehe..jadi bila suami dah tutup pintu, susahlah i nak skodeng kan hehe, apa-apa pun terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa memasak berbagai lauk pauk buat kami tidak kira pagi, petang atau malam tatkala suami dirumah. Terima kasih sayangg..

Okeyy..kali ini i ingin berkongsi bagaimana i 'packing' kek-kek bertingkat atau pun kek-kek yang tinggi, sebenarnya dari dulu ramai yang bertanyakan hal ini tapi i seringkali terlupa. Semalam masih ada lagi pertanyaan yang sama, semoga entry ini dapat membantu sahabat-sahabat i semuanya diluar sana ya, tips ini diajar oleh guru i semasa i 'attend' kelas beliau..terima kasih 'teacher'..

Jom kita lihat..


1. Sediakan 2 kotak..ikut saiz kek..


2. Tindihkan kotak pertama bersama kotak kedua..


3. Tekan kotak biar sehingga sama tinggi dan jadi seperti ini..


 4. Tarik penutup kotak keatas dan akan jadi seperti ini. Gunting kotak mana-mana yang terlebih dibahagian kiri atau kanan dan atas kotak bolehlah 'cellophane tap' kan.

SEKIAN

Saturday 21 July 2012

LAKSA JOHOR

As-salam semua sahabat-sahabat..
Hari ini hari pertama kita berbuka puasa bagi bulan Ramadhan. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik, syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah memberi kami kesempatan sepenuhnya pada hari ini. AMIN..



Menu berbuka hari ini bersama laksa johor yang telah 2 minggu i idamkan, alhamdulillah dapat juga i membuat dan merasa walaupun waktu pembikinan laksa johor ini jam telah menunjukkan pukul 6 petang, siap sebelum berbuka..aminn..


Anak-anak pula tidak begitu gemar dengan laksa johor tapi i telah menyediakan lauk pauk permintaan anak-anak iaitu ayam masak merah tapi i tidak kongsikan disini sebab i tidak berapa nak cerdik dalam bidang masak lauk pauk nih hehehe, kebiasaannya Encik Suami yang memasak, baik tengahari atau malam atau bila-bila sahaja anak-anak dan isterinya ini mahu makan, terima kasih suamiku.


Resepi nih asal dari CHEF WAN, i pernah buat dulu DISINI. Sejak i menggunakan resepi chef wan ini dan selepas itu i x pernah tukar resepi yang lain, ini kerana bagi i dan suami sudah cukup sempurna dengan segala campuran-campurannya. Tak percaya?? cuba sendiri yaa..jom tengok..cuma hari ini i buat sedikit dan i kurangkan bahan2nya..

Bahan2 kisar..
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
20 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan
2 sdk udang kering - rendam air panas - toskan
1 sdb belacan
50 gm ikan masin
1 cawan air

Bahan2 A..
4 sdb serbuk kari ayam - gaul bersama 150 ml air
2 ekor ikan kembong - saiz besar*
4 ekor ikan sardin*
1 keping ikan parang* - *cuci bersih semua ikan - rebus bersama 1500 ml air - ambil isi - kisar halus
300 gm udang basah - buang kulit - cuci bersih - rebus bersama 500 ml air - kisar halus
500 ml santan
1 sdb asam jawa 'ADABI'
Segenggam daun kesom*
Segenggam daun pudina* - *dicincang halus
Garam, gula dan perasa
2 sdb kerisik

Bahan2 B..
1 bungkus speghetti - rebus sehingga masak
1 biji timun jepun - hiris memanjang
1 mangkuk taugeh
10 batang kacang panjang - hiris halus
5 biji limau kasturi - belah dua

Bahan2 sambal..
3 biji cili merah besar*
3 biji cili api* - *tumbuk lumat
1 sdk gula
1 sdk jus lemon

Cara2nya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan pes kari, biar sehingga kari masak.
3. Tuang air rebusan ikan, air rebusan udang, santan dan asam jawa, biarkan mendidih selama 15 minit.
4. Tambahkan daun pudina, daun kesom, garam, gula dan perasa, gaul sebati dan biarkan mendidih lagi 10 minit.
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan renehkan selama 30 minit sambil dikacau selalu.
6. Hidangkan speghetti didalam mangkuk bersama timun, taugeh, kacang panjang, limau kasturi dan sambal cili, tuangkan kuah dan hidangkan.


APEK...OH!! APEK LOYANG..


As-salam semuaa..
Lama dah i nak updated entry nih tapi selalu lupa, kebetulan tadi i pergi kedai apek dan i ambil gambar lagi, memang dah fikir balik nanti nak terus updated, dalam masa yang sama boleh berkongsi dengan sahabat2 semua. I memang selalu lalu lalang kedai apek nih tapi i langsung tak tahu kewujudan kedai apek nih, pada suatu harii entah macam mana ada "orang" beritahu i kedai apek nih, i tak bolehlah beritahu siapa yang beritahu..nanti taukeh dia dapat tahu, dia kena marah pulak, kesian kat dia pulak kann..takpe..takpe..yang penting tak berdosa kan kan..lepas "orang" nih beritahu, i terus cari tau, tapi tak jumpa2, adalah sampai sebulan i cari tak jumpa, tapi i 'saspek' satu kedai nih tapi bila i pergi aje tutup, bila pergi aja tutup, bila tak pergi pun tutup gak kikiki..sampaikan suatu hari i jumpa "orang" yang beritahu i tentang kedai nih, i tanya, di mana sebenarnya kedai apek nih..i tak jumpa, rupa-rupanya memang betul kedai yang selalu tutup itu la kedai apek tu..adooooiii..apek tu sakit..dekat sebulan apek tu sakitt..isshh iisshh iisshhh kesian kan kat apek tu..tapi sekarang apek dah sihattttttt..


amboiiii..apek dah sihat posing mautt aekk..


bulu kening apek lebattt woooo..


menten jer apek kannn..

Sebenarnya masa i masukkan gambar apek nih dalam FB dulu, ramai kawan2 yang tinggal disekitar kawasan2 kedai apek nih, semuanya tak tahu kedai apek nih wujud, mereka tak sangka sebab kedai apek nih di kelilingi dengan kedai2 membaiki kereta, jadi mereka tak sangka ada di situ..sekarang kebanyakannya dah tahu, jom kita ramai2 tempah loyang kat apek nih, harga berpatutan dan apek nih boleh buat loyang yang kita minta..tak kira apa saiz pun, tempahan juga tidak memakan masa yang lama, dalam 2 hingga ke 3 hari dah siap. Kepada yang teringin nak jumpa apek nih..silakan berkunjung di alamat dibawah yaa..

No. 187, Jalan Raya, Kulai Besar,
81000, Kulai, Johor.
Telefon : 07-6632853

Tapi sekali tengok macam kesian kat apek nih kan..umurnya dah 81 tahun, semua kerja dia buat guna tangan, dari potong zink, ketuk zink, sambung zink, bentuk-bentukkan zink, dari A-Z semualah apek nih buat, kuat gak tenaga apek nih kan, apalah dia makan untuk tambah tenaga dia kan..


kat kedai apek nih penuh segala khazanah-khazanak zink..


dulu..
masa i mula-mula masuk kedai apek nih,
i ingatkan yang sebelah kanan tu keranda hahahha..
rupanya mesin..kot laa..