Followers

Sunday 24 June 2012

SWEET BASIL SMOOTHIE & BLUEBERRY BASIL SMOOTHIE

As-salamm..
Sedapppppppppppppppp 'smoothie" nih uuuu, bukanlah nak puji diri sendiri tapi memang sedap gilerrr!! resepinya pun senang sangat..resepi asal dari "giada de laurentiis" alaaa yang kat astro 707 tuu, kalu show2 dia, baju2 dia mesti 'low cut' u hahhaha..best sangat smoothie nih tapi i kurangkan sukatan gula sebab tahu 'omputeh' punya resepi mesti manis tahap potong kaki..hehehhe..jom jom skodeng..


dapat 2 gelas panjang macam nih..sedappp sesangat..


sluurrppppp..


kebetulan basil memang penuh kat pasu belakang tu..so adalah jugak kegunaannya kan kan..


lemon syrup..


basil blueberry smoothie..


ffuuuhhhh dengan blueberry pun sedapppp..


Bahan2..
3/4 cawan air
3/4 cawan gula castor
1 biji lemon - sagat kulitnya
1 cawan padat basil segar
3 cawan ais
3/4 cawan yogurt biasa

Cara2nya..
1. Dalam periuk, masak air, gula dan sagat kulit lemon, masak sehingga gula hancur.
2. Angkat dan sejukkan sebentar.
3. Dalam jag pengisar, masukkan basil segar, ais, yogurt dan syrup yang dimasak tadi.
4. Kisar kesemuanya sehingga hancur.
5. Tuang dalam gelas dan hidangkan.

NOTE : UNTUK BASIL BLUEBERRY SMOOTHIE TAMBAHKAN 1 CAWAN BLUEBERRY SEGAR DAN KISAR.

2 comments: