Followers

Wednesday 27 June 2012

LEMONADE BASIL CHOCOLATE COOKIES

AS-SALAM..
Wah wah wah..minggu basill ke cik kak ooii..kelmarin basil..semalam basil..arini basill..hehehe..
Adoiiii..tu la siss..nak kata minggu basil pun bolehh laa..memang nak menggurangkan basil yang kian membiak dengan subur kat belakang rumah tuu..tambahan lagi sekarang nih kan sahabat2 dah ramai yang mempamerkan biskut masing2..so i pun tak nak laa ketinggalan 'ketapi' kihkihkih..i pun nak jugak tumpang sekaki kan..godek punya godek kat blogger2 barat..terjumpa idea untuk resepi nih, malam tadi i ada buat ikut resepi asal sepenuhnya tapi kurang memuaskan..jadi i buat ikut resepi biskut2 i yang lepas dan i ada buat pembaharuan sikit..sikit jer tak banyak..jom tengok..








amacam ok tak kalau buat untuk raya nanti??

Bahan2..
140 gm butter
40 gm shortening
100 gm gula kastor
1 biji lemon - sagat kulitnya
1 sdb jus lemon
1/2 biji limau purut - sagat kulitnya
1/2 cawan padat basil segar - cincang halus
40 gm serbuk badam
200 gm tepung red rose*
150 gm tepung arrow root* - *satukan dan ayak

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter, shortening dan gula kastor sehingga berkrim.
2. Sagatkan lemon, limau purut, perahkan lemon dan basil kemudian pukul sebati.


3. Masukkan serbuk badam dan pukul biar adunan rata.


4. Tutup mixer, masukkan adunan tepung sedikit2 baru pukul dengan kelajuan perlahan, matikan mixer dan gaul biar padat.


5. Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan kegemaran, susun dalam talam yang telah digris.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 180C selama 15 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
8. Buat 'drizzle' ke atas biskut dan hias dengan bunga sekuntum, buat sehingga selesai.
9. Hidangkan untuk hari raya akan datang..sekiann..


Bahan2 coklat..
150 gm coklat compound - potong halus
1 sdk coco butter
1 sdk butter

Cara2nya..
1. Panaskan coklat, coco butter dan butter secara double boiler sehingga coklat larut.
2. Sediakan 'piping bag' bersama nozel nombor 1, tuang coklat dalam 'piping bag'.


dah siapp 1 jenis biskut..

10 comments:

  1. As'kum kat rumah ni basil dah kering sebab tak bersiram.. nak kena ganti tanah baru.. baru boleh cuba biskut yang nampak sangat menggiurkan.. cayalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis shahriah..
      kena jaga balik basil tu sis..br bule cube kan..

      Delete
  2. Sedap ni Kak Shu... Kalau nak storage, coklatnya melekat tak Kak Shu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sedap sis ogyep..biar kering dulu coklatnya ya..sbb tu akak x letak whpg cream kt coklat tu sbb takut nk simpan melekat kan..kalu simpan lapik kertas pd setiap layer ya..

      Delete
  3. Salam Sis...
    konfirm sedap sangatcookies ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis rahel..
      insyaallah sedapppp, ada bau2 lemon..bau2 basil..

      Delete
  4. salam sis

    kalau x nk guna tepung arrow root ble x?ato ada tepung lain yg ble ganti..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      bule gantikan dgn tepung jagung ya sbb ciri2nya sama sis..

      Delete
    2. ^__^ tqvm sis nk try buat mlm nti la hehe....

      Delete