Followers

Saturday 23 June 2012

AYAM MASAK MERAH

As-salam dan selamat tengahari sahabat2..
Awalnya masak hari ini kan, anak2 semua pergi sekolah, anak2 balik awal jadi mama kenalah masak awal, biar anak2 balik boleh terus makan..alhamdulillah semua dah makan, tinggal anak bujang dewasa saja belum makan lagi.., i memang gagal dengan masakan lauk pauk nih, kali ini i mencuba resepi dari bestwan!!.., anak2 bilang sedap..tapi kalu i bolehlahh bagi 3/5 bintang hehehe..atau i yang tak pandai masak kahkahkah..dah dah jom tengok..




Bahan2..
1 kg ayam - potong sederhana - cuci bersih - toskan*
1 sdk garam*
2 sdk serbuk kunyit*
1 helai daun pandan - hiris kasar*
1 batang kulit kayu manis* - *perapkan dan goreng




goreng dengan minyak yang panas..

3 biji bawang merah besar**
2 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 batang serai**
1/2 cawan air**
20 tangkai cili kering - potong kecil - rendam air panas - toskan** - **kisar halus
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan - hiris halus
2 batang serai - diketuk
125 gm kismis
1 inci lengkuas - diketuk
250 gm sos tomato
3 sdb madu
125 ml air panas
Segenggam daun pudina - hiris halus
1 sdb jus lemon
Garam dan perasa
1 sdk bijan - hiasan

Cara2nya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 kisar halus bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, daun pandan dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan kismis, lengkuas, sos tomato, madu dan air panas, kacau sehingga sebati dan rata, biarkan 5 minit.
3. Tambahkan ayam yang telah digoreng, daun pudina, jus lemon, garam dan perasakan, biarkan merenah dalam 5 minit lagi.
4. Hidangkan dan tabur bijan sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment