Followers

Saturday 30 June 2012

HOT CHEESE CHOCOLATE CAKE

As-salam dan salam hari minggu buat sahabat2..
'Hot cheese chocolate cake'  kali ini i gunakan 1 lagi resepi kek coklat pemberian sahabat i yang juga tidak mahu namanya disiarkan..katanya.."takpe la, nak masuk kat blog masuk laa tapi jangan letak nama aku" haaa itu la dialognya heheh..apa2 pun terima kasih beb atas resepi nih..senang pun senang jugak, untuk adunan cheese i tambahkan dengan 'non-dairy whipping cream', untuk filling pula, boleh gantikan dengan sapuan coklat yang telah siap dijual..mari kita tengok resepinya..







Bahan2..
100 gm serbuk koko - ayakkan
250 gm gula castor
400 ml susu cair
250 gm susu pekat
200 gm minyak jagung
150 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
4 biji telur - pukul sedikit

Cara2nya..


1. Dalam periuk, satukan serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak jagung, gaulkan dan masak atas api kecil sehingga mengelegak. Biarkan sejuk.


2. Tambahkan adunan tepung sedikit2, kaupbalikkan.
3. Tuang telur dan gaul dengan 'whisk' sehingga adunan sebati.


4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuang dalam 2 loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah digris, lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 45 minit.
6. Sejukkan atas redai kemudian potong setiap kek menjadi 2 lapisan.


7. Letakkan kek lapisan pertama diatas papan kek yang sama saiz dengan kek (ini untuk memudahkan mengangkat kek selepas menuang ganache), masukkan adunan cheese (resepi dibawah) dalam'piping bag' dan 'pipe'kan ditengah2 kek sebesar 50sen seperti gambarajah diatas.
8. Kemudian masukkan adunan coklat (resepi dibawah) dalam 'piping bag' dan 'pipe'kan mengikut keliling adunan cheese tadi, teruskan buat bergilir seperti gambarajah.
9. Letak kek lapisan kedua, dan 'pipe'kan pula adunan coklat diikuti adunan cheese, sama juga untuk lapisan ketiga bermula semula dengan adunan cheese ditengah2 kek.
(Maaf gambar lama, tadi terlupa nak ambil gambar)


10. Dengan menggunakan 'piping bag' bersama nozel kelopak ros yang besar, 'pipe'kan adunan cheese keseluruhan kek dan lepa kek supaya rata, sejukkan dalam peti sejuk sehingga kering.


11. Sediakan ganache (resepi dibawah), keluarkan kek dari peti sejuk, letak kek diatas redai yang berlapikkan dulang dibawah redai.
12. Tuang ganache terus ditengah2 dan dikeliling kek dan biarkan ganache turun dengan sendirinya.


13. Alihkan kek ke papan kek, sejukkan kek dan biarkan ganache kering baru dihias ikut kreativiti masing2. Siap.

Bahan2 'filling' coklat..
150 gm uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk, tutup api dan tuang kedalam bekas coklat.
2. Gaul sehingga coklat larut, masukkan dalam 'piping bag', sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengental.
3. Boleh juga gunakan sapuan coklat jenama SUZY atau NUTELLA jika enggan buat sendiri.

Bahan2 cheese..
500 gm non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese
60 gm gula aising*
1 sdk nescafe* - *satukan dan ayak

Cara2nya..
1. Pukul non-dairy whipping cream sehingga bertanduk dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula aising dan nescafe, pukul adunan sehingga sebati.
3. Satukan adunan cheese dengan adunan non-dairy whipping cream dan pukul sehingga semua adunan mesra dan sebati.

Bahan2 ganache..
200 gm uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk, tutup api dan tuang kedalam bekas coklat.
2. Gaul sehingga coklat larut, jika adunan nampak cair, sejukkan 5-8 minit dalam peti sejuk.
3. Keluarkan ganache dan siap dituang keatas kek.


CHOCOLATE CHEESE MARSMALLOW IN JAR
i buat sekali dengan adunan diatas, 
menggunakan adunan cheese dan ganache yang sama 
cuma ada tambahan marsmallow..
harga promosi sehingga 8hb Julai 2012
RM9.00 setiap satu..

Friday 29 June 2012

RAINBOW CAKE

As-salam sahabat2..
Tempahan kali ini dari Cik Intan buat adik ZARA, NINA & AMNI, selamat ulangtahun ya adik2, semoga suka dengan kek yang aunty bikin, terima kasih juga pada intan sudi tempah kek dengan akak, harap maaf andai ada terkurang ya..terima kasih sekali lagi..jom tengok..i letakkan sekali lagi resepi nih dalam sukatan gram ya..









Bahan2..
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Tuang telur putih dan esen vanilla, pukul lagi sehingga adunan sebati.


3. Masukkan tepung sedikit2 bergilir2 dengan susu segar, kaupbalik dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul2 gunakan mixer dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.


4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, tuang setiap pewarna pada setiap bahagian dan tuang dalam 6 loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 170C selama 15 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas redai.


6. Letakkan kek berwarna ungu diatas papan kek, masukkan buttercream (resepi dibawah) ke dalam 'piping bag' dan bernozel kelopak daun ros yang besar, 'pipe'kan keliling kek, kemudian sapu rata dengan spatula besi.
7. Tindihkan kek lapisan kedua berwarna biru dan 'pipe'kan buttercream seperti langkah2 pertama tadi, diikuti dengan lapisan kek warna hijau, kuning, oren dan merah.


8. 'Pipe'kan keseluruhan kek dengan buttercream kemudian ratakan dengan menggunakan spatula besi dan untuk melicinkan boleh juga direndam spatula besi dalam air panas, lapkan dan lepa perlahan pada buttercream.


9. Hias mengikut kreativiti masing2.

Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
100 gm shortening
50 gm butter
250 gm susu pekat
1 sdb perasa strawberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
2. Tuang susu pekat dan perasa, pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 10 minit.
3. Tambahkan pewarna kepada beberapa bahagian yang dikehendaki.

RAINBOW CAKE IN JAR

As-salam dan salam petang sahabat2ku..
"Cake in jar" ataupun 'kek dalam balang' yang diilhamkan oleh orang2 barat dan kini sangat popular di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, i juga mengetahui dari blogger2 barat sejak setahun yang lalu, nak buat tapi tak tahu nak beli 'jar' tu kat mana, jadi niat tu terbengkalaiii..dalam masa yang sama juga kalau tak silap i, duluu kek dalam balang nih dipopularkan oleh seorang sahabat FB, masa tu i tak tau dia beli kat mana 'jar' tu..nak tanya malu jadi i lupakan hasrat i..sekarang nih kat kedai Shirley (toke bakery) dah jual dah 'jar' nih, itu yang tercapai jugak nak buat kek nih..alhamdulillahh..resepi sama macam resepi "rainbow cake", i masukkan sekali lagi resepinya tapi kali nih i guna sukatan gram ya.., jom tengok..






ada juga yang bakar kek dalam loyang kemudian baru dimasukkan dalam balang..tapi i lagi suka bakar terus dalam jar, barulah 'cake in jar' asliii..cewahhh..


Bahan2..
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu
1 sdk pewarna biru
1 sdk pewarna hijau
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna oren
1 sdk pewarna merah

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.


3. Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul2, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.


4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.


5. 'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang bersaiz 2.5 inci lebar x 3 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Jangan 'pipe' tebal sangat nanti kek akan mengembang.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu secara 'waterbath' dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak, pastikan air dalam loyang adalah air panas.


7. Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing2.


8. Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan atau untuk dijual.
9. Adunan ini mendapat 13 balang.

Bahan2 cheese..
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.
2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata. Siap untuk digunakan.


balang nih i beli kat delight bake indahpura, kulai johor..
ada 2 saiz..
saiz kecil 2.5" x 3" harga rm1.00..
saiz besar 2.5" x 4" harga rm1.10..

kalu nak lagi murah 
sahabat2 dikawasan lembah klang atau yang sewaktu dengannya dan johor 
boleh ziarah QUALITYPACK ya..
disitu macam2 adeeeee..

POLYCLASS pun boleh cari ya..
di KL & IPOH pun ada cawangannya..
terima kasih pada semua sahabat2 yang memberi info tentang kedai2 tersebut..
semoga kalian dilimpahi rizki berlipat kali ganda dariNya aminnn..

Wednesday 27 June 2012

LEMONADE BASIL CHOCOLATE COOKIES

AS-SALAM..
Wah wah wah..minggu basill ke cik kak ooii..kelmarin basil..semalam basil..arini basill..hehehe..
Adoiiii..tu la siss..nak kata minggu basil pun bolehh laa..memang nak menggurangkan basil yang kian membiak dengan subur kat belakang rumah tuu..tambahan lagi sekarang nih kan sahabat2 dah ramai yang mempamerkan biskut masing2..so i pun tak nak laa ketinggalan 'ketapi' kihkihkih..i pun nak jugak tumpang sekaki kan..godek punya godek kat blogger2 barat..terjumpa idea untuk resepi nih, malam tadi i ada buat ikut resepi asal sepenuhnya tapi kurang memuaskan..jadi i buat ikut resepi biskut2 i yang lepas dan i ada buat pembaharuan sikit..sikit jer tak banyak..jom tengok..








amacam ok tak kalau buat untuk raya nanti??

Bahan2..
140 gm butter
40 gm shortening
100 gm gula kastor
1 biji lemon - sagat kulitnya
1 sdb jus lemon
1/2 biji limau purut - sagat kulitnya
1/2 cawan padat basil segar - cincang halus
40 gm serbuk badam
200 gm tepung red rose*
150 gm tepung arrow root* - *satukan dan ayak

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter, shortening dan gula kastor sehingga berkrim.
2. Sagatkan lemon, limau purut, perahkan lemon dan basil kemudian pukul sebati.


3. Masukkan serbuk badam dan pukul biar adunan rata.


4. Tutup mixer, masukkan adunan tepung sedikit2 baru pukul dengan kelajuan perlahan, matikan mixer dan gaul biar padat.


5. Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan kegemaran, susun dalam talam yang telah digris.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 180C selama 15 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
8. Buat 'drizzle' ke atas biskut dan hias dengan bunga sekuntum, buat sehingga selesai.
9. Hidangkan untuk hari raya akan datang..sekiann..


Bahan2 coklat..
150 gm coklat compound - potong halus
1 sdk coco butter
1 sdk butter

Cara2nya..
1. Panaskan coklat, coco butter dan butter secara double boiler sehingga coklat larut.
2. Sediakan 'piping bag' bersama nozel nombor 1, tuang coklat dalam 'piping bag'.


dah siapp 1 jenis biskut..

Monday 25 June 2012

PINEAPPLE BASIL FRIED RICE

As-salam..
Wahhhh nama kemainn lagi kann..spesies 'omputeh' gitu heheh, ini la menu kami sekeluarga malam ini tanpa en. suami..tadi ingatkan tak mahu masak, nak makan apa yang ada aja, sekali terpandang nenas yang sebiji lagi tu..dalam fikiran nih, apa laaaa nak buat yaa..terus teringat nak buat nasi goreng dan skodeng2 resepi jumpa kat SINI, terima kasih kepada blogger tersebut tapi i buat ikut bahan2 yang ada..akhirnya jadi la kejadian seperti iniii..jom lihat..





Bahan2..
3 cawan nasi putih
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili api* - *potong dadu
1 sdk serbuk lada hitam
1/2 cawan isi kerang
1/2 cawan sotong
1/2 cawan sayur campuran
1/2 cawan nenas - potong dadu
1 sdb sos ikan
2 sdb sos soya cair
1/2 cawan basil segar
Garam & perasa
1 biji nenas - belah 2 - keluarkan isi (isi jangan buang boleh buat jus)

Cara2nya..
1. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan2 yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam, kerang, sotong, sayur campuran dan nenas, gaul sebati sehingga masak.
3. Tambahkan sos ikan, sos soya cair, garam dan perasa, gaul lagi.
4. Tambahkan nasi dan basil, gaul bagi rata selama 5 minit.
5. Sendukkan nasi ke dalam nenas yang dibelah dua dan hidangkan.

PINEAPPLE BASIL SMOOTHIE & DRAGON FRUIT BASIL SMOOTHIE

As-salam sahabatt..
Amboi amboi amboiiii dah gian dengan smoothie ke..hehhe..tidak laaa, sebenarnya nak menghabiskan segala stok2 buah yang ade dan juga daun2 basil yang banyak sangat tumbuh, klau tidak digunakan macam sayangg jer kan..balik aja dari gym tadi, i lepak2 kemudian terus buat smoothie nihh..memang sedap la sisss..tak percaya cuba terai heheh..dah cuba terai pulak kan..









Bahan2..
3/4 cawan air
3/4 cawan gula
1 biji lemon - sagat kulitnya
1 cawan padat basil segar
3 cawan ais
3/4 cawan yogurt biasa
1 cawan nenas - potong dadu

Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, masak air, gula dan kulit lemon, masak sehingga gula hancur.
2. Padamkan api, ketepikan dan biarkan sejuk.
3. Dalam jag pengisar, masukkan basil, ais, yogurt, nenas dan air gula.
4. Kisar sehingga lumat dan hancur.
5. Tuang dalam gelas dan minum.

NOTE : UNTUK DRAGON FRUIT BASIL SMOOTHIE, GANTIKAN DENGAN 1 CAWAN DRAGON FRUIT YANG DIPOTONG DADU DAN KISAR.

Sunday 24 June 2012

KARI IKAN TONGKOL

As-salam semuaa..
Menu tengahari tadi yang tak sempat nak updated, makan malam ini jugak menu yang sama, permintaan dari anak2 dari semalam lagi, alhamdulillah apa2 juga menu yang berasaskan kari memang anak2 suka, lagi2 anak gadis tunggalku..jom tengok resepi yang simple..




Bahan2..
1 ekor ikan tongkol besar - kerat 6 - rendam air asam - cuci bersih - toskan
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1 sdb cili kering kisar
5 sdb serbuk kari ikan**
3/4 cawan air** - **satukan dan gaul
200 gm santan
200 gm air
3 tangkai daun kari
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa
1 batang terung - kerat tebal
1 biji tomato - belah empat

Cara2nya..
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga garing.
3. Masuk pula pes kari dan gaul sebati, biarkan masak dalam 5 minit.
4. Tuang santan dan air, biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan, daun kari, asam gelugor, garam dan perasa, gaul dan biar mereneh 5 minit lagi.
6. Akhir sekali masukkan terung dan tomato, reneh lagi dalam 7 minit atau sehingga terung empuk.
7. Siap dihidangkan bersama lauk2 lain.