Followers

Saturday 12 May 2012

FRENCH BREAD WITH EGG

As-salam semuaaa..
Menu pagi tadi baru sekarang sempat nak updated, tadi sibuk dengan beberapa tempahan.
Resepi nih lamaaaaaaaaaaaa sangat i tak buat, sejak pindah Johor tak pernah buat..kisahnyaaa..
Semalam i pergi tesco, sekali ternampak la roti batang panjang nih, terus teringat menu yang selalu i buat dulu untuk anak2. Memang menjadi kegemaran anak2, sepatutnya telur tu tak perlu didadar kan tapi disebabkan anak bujang tak makan mata kerbau jadi i kena laaaa dadarkann, haiiizzz kalau mata kerbau lagi syioookkk kannnn..
occayyy!! jom kita tengok..




nih makan pagi petang siang malam pun sodapppp hehehehe..

Bahan2..
1 batang roti perancis - potong serong - buang isi ditengah2nya
3 sdb butter
3 biji telur
50 gm mozarella - sagat halus
1 sdk serbuk lada putih
1 sdk serbuk lada hitam

Cara2nya..


1. Sapu butter pada keseluruhan roti termasuk dalam roti.



2. Satukan telur, mozarella, lada hitam dan lada putih, pukul sebati.


3. Panaskan kuali leper, letak roti atas periuk sehingga butter sedikit mencair.
4. Tuang adunan telur ke dalam roti sehingga penuh. (Kalu telur terkeluar dari lubang roti, ambil dan sumbatkan dalam lubang roti)
5. Terbalikkan roti, tunggu sehingga kedua bahagian masak.
6. Siap dihidangkan untuk sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment