Followers

Monday 16 April 2012

TOM YAM PAPA

As-salamm sahabat2 semuaa..
Hari ini rasanya hari yang paling "M" sekali..uuuiihhh penyakit nih kalau dah datang memang tak jadi apa..bak kata orang "sememehhhh jerrr"..hahhaha..tambah pulak dengan fikiran yang ala ala bluurrr gitu..eerrmmm sampai nak masak pun dah tak tahu dah..last2 bukak2 peti sejuk, nampak la sotong "seciput" & ayam "setoet"..sotong tu memang ciput pun, minggu lepas encik suami beli 4 ekor aje, siap orang pasar tu bisik2 dengan i "kak kak..kalau datang pasar dengan abang beli barang sikittt aja" hahahha..i pun jawab "tau takpe "lencai" ini "lokong" jimat punya olang, beli barang pun sikit2 sajaa hikhikhik"..apa nak buatt encik suami memang penjimat orangnya..sambung balik citer sotong tadi..i pun keluarkan laa ayam dan sotong tu..fikir punya fikir teringat "tom yam papa"..tom yam papa tu adalah tom yam yang encik suami selalu masakkan buat kami..kalau ikut selera kami sedap laa..sebenarnya dah 2 3 kali i buat tapi selaluuu aje rasa tak sama macam encik suami buat..huhuhu..bahan2 dah sama dah..cara2 buat pun rasanya dah sama..tapi bile dah siap apsal tak samaaa..huhuhuhu..abanggggg tolongg ajar ayang lagii banggg..tapi hari nih kan anak2 kata sedapp..hehhehe..tu yang i nak kongsikan tu..jom jom tengok..


Bahan2..
700 ml air
4 ekor sotong - potong kecil - cuci bersih
500 gm ayam - potong kecil
2 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* - *tumbuk kasar
2 batang serai - hiris kasar
1 sdb cili kisar
50 ml jus lemon
5 biji cili api - belah dua
1 batang lobak merah - potong kecil
2 helai daun limau purut
Garam dan perasa
Daun sup - hiasan

Cara2nya..
1. Rebuskan air sehingga mendidih.
2. Masukkan sotong, ayam, bahan2 yang ditumbuk kasar, serai, cili kisar dan jus lemon, tutup periuk dan biarkan semua bahan2 sebati dan mengelegak selama 15 minit.
3. Tambahkan cili api, lobak merah, daun limau purut, garam dan perasa, gaul sebati, tutup periuk lagi dan biarkan mereneh lagi selama 15 minit.
4. Siap untuk dihidangkan, taburkan bersama daun sup.


No comments:

Post a Comment