Followers

Friday 10 February 2012

LAKSAM KELANTAN

As-salam semuaa..
Semalam pagi i pergi kl uruskan urusan juicy cafe..petang i balik i tapau kawan i n bawak dia balik ke rumah i..memang kawan i nih selalu datang rumah..yerla kita dah macam adik beradik kan..so banyak la hidangan yang i buatt..salah satunya lepas i buat kek buah tadi..i buat laksam kelantan..haaa pestime i buat tau..banyak sangat list menu2 yang i nak buat..kebetulan kawan i pun memang dari kelantan..dan dia pun x sangka i bule buat laksam nih..alaaa ape susah aunty2 & uncle2 gugel kan adeeee hehehhe..ok tadi carik punya carik resepi..i jumpe la resepi nih kat blog citarasawan..cumenya dalam bahan2 kisar tu i ade buat 2 3 tambahan resepi..jom tgk..terima kasih pada kak wan atas perkongsian resepi nih yaa..sekali buat alhamdulillah jadikk my laksam hehhehe..



Bahan2 laksam..
400 gm tepung beras
4 sdb tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 sdk garam halus
1100 ml air suam
Minyak untuk meleser

Cara2nya..
1. Panaskan pengukus sehingga berasap.
2. Satukan semua bahan2 kecuali minyak, gaul rata sehingga sebati.
3. Sapu sedikit minyak ke dalam loyang segi empat saiz 5x5x1 inci atau pun penutup periuk lama, tuang 1 senduk adunan tepung.
4. Kukuskan dalam pengukus selama 4 minit.
5. Keluarkan loyang, gulung ketika masih panas.
6. Potong laksam kecil2, hidangkan dalam pinggan.
7. Kacau bancuhan tepung setiap kali hendak menggunakannya supaya bancuhan x mendap ke bawah.

Bahan2 kuah..
15 ekor ikan kembong - cuci bersih - rebus bersama air - ambil isi ikan - kisar bersama air rebusan
500 ml santan
3 keping asam gelugor
1 batang serai - diketuk
3 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* - *kisar halus
3 sdb gula melaka
Garam secukupnya

Cara2nya..
1. Tuang ikan yang telah di kisar tadi ke dalam periuk besar bersama santan, asam gelugor, serai dan bahan2 kisar, biar sehingga mendidih dan kacai sentiasa.
2. Masukkan gula melaka dan garam secukupnya, kacau selalu agar kuahnya tidak berketul2.
3. Biarkan kuah di reneh dengan api yang kecil selama 15 minit.

Bahan2 sambal..
4 biji cili merah besar
5 biji cili api
1 sdk gula
1 sdb belacan
1 biji limau kasturi

Cara2nya..
1. Kisar cili merah, cili api, belacan dan gula sehingga sebati.
2. Tuang dalam mangkuk kecik dan perahkan air limau kasturi.

Bahan2 hiasan..
3 batang bunga kantan*
7 batang kacang botol*
Daun kesom secukupnya*
1 batang timun - buang bijinya* - *hiris halus
Taugeh secukupnya - buang ekor
6 biji limau kasturi - belah dua

LAKSAM KELANTAN
1. Dalam mangkuk kecil, hidangkan laksam yang telah dipotong kecil tadi bersama bahan2 hiasan, sambal belacan.
2. Tuang kuah ke dalam laksam dan siap di hidangkan ketika panas.


4 comments:

  1. Replies
    1. ooo yekee sis faa.rosli..x sangka ramai jugak yg suke laksam nih kan..

      Delete
    2. alahai bestnya nih....lama tak makan laksam....nak buat pun takat makan sorang2 tu yg sampai sudah tak buat2.....

      Delete
    3. mmg best laksam nih kan sis Babybatriesyia..buat pastu kasik la jiran2 sis hehehhe..

      Delete