Followers

Monday 27 February 2012

KUIH BOM KELEDEK

As-salam sahabattt semuaaa..
Ada keledek yang begitu lama sudah i beli masa singgah di black water (ayer hitam laa) dulu..agaknya ada la dalam 3 minggu kot hahhaha..tapi masih elok lagi..memang tak tau nak buat ape..membelinya memang i suka..al maklum laa, kalu pegi ayer hitam tu rambang mata i tau, berpinau2 tengok buah2 yang segar bugar..pastu balik rumah tak tau nak buat ape hehehhe..hari ini proses nak menghabiskan segala stok2 yang ada kat rumah nih..antaranya keledek nih laa..minta pendapat sahabat2 kat FB ramai yang suruh buat cek mek molek..x kurang jugak kasik idea suruh buat onde2..koci..muffin dan macam2 laa..last2 i gugel gugel gugel tadi jumpa resipi nih SINIIIII <<resepi asal ikut disini yaa<< resepi di bawah i dah tokok tambah sedikit hehehe dan kepada PUAN HAWA OTHMAN..terima kasih sis sudi share resepi..izinkan i share di sini pula ya..so jom tengok..


1st time i buat uuu hehehhe..

Bahan2..
500 gm keledek - buang kulit - rebuskan - toskan - lenyekkan
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sdk baking powder
1/2 sdk garam halus
1 cawan bijan
1 cawan kacang merah - inti

Cara2nya..
1. Satukan keledek yang telah di lenyek bersama tepung gandum, baking powder dan garam, gaul sehingga rata.
2. Ambil adunan sebanyak 20 gm, leperkan, letak inti kacang merah sebesar guli, ulikan supaya jadi bulat.
3. Gaulkan bersama bijan, buat sehingga selesai.
4. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sehingga keperang2an.
5. Angkat dan toskan.


inti kacang merah yang telah i uli2kan sebesar guli..


ok la kan..

Sunday 26 February 2012

CUCUR UDANG MONTOK

As-salam semuaaa..
Masyaallahhh memang montok..gebuu..bambam cucur nih tauu..kalu u all x caye cube la buat resepi i amek kt umah MAT GEBU ..memang berbaloi2 la buatnyerr..pepagi tadi sambil gosok2 mata..i tanyer dengan hubby nak sarapan ape pagi nih..sekali hubby bilang nak cucur udang..i ingatkan cekodok udang..rupenya cucur udang nihh..dah la x pernah buat kan..ape lagi terus jumpe aunty gugel..nampak pulak gambar yang cun melecun dari rumah mat gebuu..teruss zaaaassss i pegi pasar siapkan menu permintaan dari hubby..alhamdulillahh jadiiiiii..terima kasih ya cik mat share resepi nih..memang berbaloi2 tauu..


memangg lazattt makan pagi atau petang..


jom buatt jomm..

Bahan2..
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam
1/2 sdk yis
2 cawan air
1 cawan taugeh
1/2 cawan kucai
1/2 cawan daun bawang
20 ekor udang

Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan tepung, serbuk kunyit, garam dan yis, gaul sebati.
2. Tuang air sedikit2 dan sebatikan.
3. Tambahkan taugeh, kucai dan daun bawang, gaul rata dan rehatkan dalam 30 minit.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Panaskan senduk sup 1 minit dalam minyak yang panas.
6. Tuang 3/4 penuh adunan dalam senduk bersama 1 ekor udang tekankan sedikit, tenggelamkan dalam minyak panas, biarkan sebentar baru keluarkan cucur dari senduk dan goreng sehingga kuning keemasan.
7. Toskan minyak dan buat sehingga selesai. Bule dihidangkan bersama sosnya.


berhati2 mase goreng yaa..lap2 udang tu kalu basah kang meletop2 pulak..

Bahan2 sos..
6 biji cili merah besar
4 biji cili api
3 ulas bawang putih
1/3 cawan gula pasir
1/4 sdk garam
1/4 cawan cuka

Cara2nya..
1. Kisarkan cili merah, cili api dan bawang putis sehingga halus.
2. Tuang dalam periuk kecil bersama gula dan garam, pasang api kecil dan panaskan sehingga sedikir pekat.
3. Tuang cuka, kacau lagi sehingga sederhana pekat.


eerrmmmm sedapp uuu..

Friday 24 February 2012

RED VELVET CAKE

As-salam sahabattt..
Red velvet buat sahabatku yang telah melepak di rumah i nih semingguu hehhehe..cuti2 la katakann..nih i nk p anta dia kat epot dah..u all layanzz la gambar ya hehehhe..resepi nih mmg i slalu buat utk kek n cupcakes..resepi klik SINI ataupun SINI yaaaa..


rvc nih memang peberet kawan ii..


dahhhhhh..

Wednesday 22 February 2012

ORANGE CHIFFON CAKE

As-salam sahabattt..
Hari isnin i g kl balik malam tadi..sekali dok fikir ape yang kurang yaa..rupe2nya kek nih i lupe buat, jam 11 pagi tadi baru teringat, nasib baik sempat buat lagi tau, kalu x naya i..fikir punya fikir i terus buat 'steam buttercream'.., resepi nih dulu i pernah buat kat SINI tapi i x ingat i cekau mane hehehhe..dah tu tadi i skodeng2 kat aunty gugel jumpe laa kat SINI lebih kurang aje resepinya..ntah2 dulu i amek kat situ gak kan hehehhe, dalam resepi tu i ade buat sedikit penambahan..dah2 jom tengok..


order dari my ustazah untuk suaminya..



Bahan2..
225 gm tepung kek*
1 sdb baking powder* - *satukan dan ayak
6 kuning telur
270 gm gula castor
120 ml minyak jagung
180 ml orange jus
2 sdb parutan kulit oren
1 sdb oren emulco
1 sdk pewarna oren
6 putih telur + 30 gm putih telur
3/4 sdk cream of tartar

Cara2nya..
1. Satukan tepung kek, baking powder, kuning telur, gula castor, minyak jagung, orange jus, parutan kulit orange, oren emulco dan pewarna, pukul 1 minit atau sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga bertanduk.
3. Gaulkan ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan.
4. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 170C selama 55 minit atau 1 jam.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

KEPADA SAHABAT2 YANG INGINKAN RESEPI DAN CARA2 UNTUK STEAM BUTTER CREAM AKAN DI KONGSI KEMUDIAN YA..

Thursday 16 February 2012

LEPAT PISANG

As-salam semua sahabat2ku..alhamdulillah dengan jayanya i telah siapkan lepat pisang nih..sebenarnya kan i langsung xtau buat tau, kebetulan pisang memang banyak sangat kat umah nih, nih pun baki2 buat cekodok kelapa pagi tadi..ceritanya macam nih..tengahari tadi i pergi rumah kawan fb puan ZURAINA ABU TALIB..lepas kami dah borak sakan i nampak ade pokok pisang depan rumah kawan i nih..dia pelawa i nak x daun pisang..eeiisss orang dah nak kasik xkan nak tolak kan..rizkiii uuu hehhehe..alhamdulillahh tima kasih pada zu..selalunya kalu i pergi pasar memang i akan beli daun pisang..akhirnya daun pisang layuu sampai ke tong sampah..xtau kenapa i suke sangat beli daun pisang..kononnya nak standby la kalu nak buat ape2 ke kann..tapi selalunya memang sedekah kat tong sampah hahahha..tapi kali nih dapat gak i buat lepat nih..ni pun zuraina yang kasik ideaa..tq zu sekali lagi..kalu x xtau sampai bile akak xtau buat lepat nih..


jeng jeng jenggg amacam ok x??

Bahan2..
300 gm pisang tanduk - lecekkan (pisang lain pun boleh)
150 gm kelapa putih
50 gm susu segar@santan
20 gm gula castor
1/2 sdk garam
100 gm tepung gandum
1/2 sdk baking powder
Daun pisang secukupnya - salaikan

Cara2nya..
1. Satukan semua bahan2 dan gaul sebati.
2. Letak 1 sudu besar atas daun pisang yang berukuran 7 x 5 inci dan lipatkan, buat sehingga habis.
3. Panaskan periuk kukus dan kukus selama 15-20 minit dengan api besar.
4. Angkat dan hidangkan untuk minum petang.


cara2 nombor 1..


nombor 2..


nombor 2..


nombor 2..


nombor 3..


siappppp..

KARI AYAM KELO

As-salam semuaa..
Errrmmmmm harumnya bau kariii..kat umah nih tiap2 minggu mesti masak kari..x kira la kari ape pun..kami memang peminat tegar karii hehheeh..dah tu pulak ade keloo..alamakkk..memang i suke, kelo nih kat sini susah gak nak jumpe tau..kadang2 aje ade..jom tengok kari i jom..simple aje..tapi selera i kata sedappppp heheheh..


amacam ok x kari ii..

Bahan2..
1 ekor ayam - cuci bersih - potong kecil
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *di tumbuk
2 sdb cili kering kisar
8 sdb serbuk kari ayam - bancuh dengan air
250 ml santan
400 ml air
3 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
Garam secukupnya
2 biji kentang - buang kulit - belah empat
4 batang kelo - buang kulit sikit2 - potong 4
2 sdb kerisik
10 biji baby tomato

Cara2nya..
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau.
2. Tumis pula bahan2 tumbuk sehingga garing dan masukkan cili kering kisar, biar cili masak.
3. Masukkan pes kari dan biarkan garing sebentar.
4. Masukkan ayam, gaul rata kemuadian tuangkan santan, air, asam gelugor, daun kari dan garam, biarkan mengelegak sebentar.
5. Baru masukkan kentang, kelo dan tomato, biar sampai kentang empuk baru masukkan kerisik, biarkan mereneh dalam 10 minit. Siap di hidangkan.


kelo yang i dah hiris kulitnya..


cuba la sis..sedap..

CEKODOK PISANG KELAPA

Bismillahhirrohmannirrahhimm..
As-salam dan selamat pagi khamis buat sahabat2 semuaa..
Pagi2 nih i dah buat cekodok pisang..bukan ape, sebenarnya mase i pergi 'black water' minggu lepas, saipol (orang kedai tu laa) kasik i banyakkkk sangat pisang tanduk, memang selalunya kalu i g kl dan on the way balik rumah mesti singgah 'black water' tu heheheh..bukan ape i suke beli buah2 kat sana..dah la segar bugar..pastu 'pol' tu slalu kasik i harga murah heheheh..tima kasih poll..moga terus murah rizki dan bertambah2 customer yang datang yaa..aminnn..so ade baki2 lagi i buat la cekodok nih..


jom sarapan..

Bahan2..
300 gm pisang tanduk - lecekkan (pisang jenis lain pun bule ya)
50 gm kelapa putih
50 gm susu segar
20 gm gula castor
1/2 sdk garam
80 gm tepung gandum
1/2 sdk baking powder

Cara2nya..
1. Satukan semua bahan2 dan gaul rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga keemasan atau garing, angkat, toskan dan hidangkan.


satukan dan gaul..


dan gorenggggg..

Friday 10 February 2012

LAKSAM KELANTAN

As-salam semuaa..
Semalam pagi i pergi kl uruskan urusan juicy cafe..petang i balik i tapau kawan i n bawak dia balik ke rumah i..memang kawan i nih selalu datang rumah..yerla kita dah macam adik beradik kan..so banyak la hidangan yang i buatt..salah satunya lepas i buat kek buah tadi..i buat laksam kelantan..haaa pestime i buat tau..banyak sangat list menu2 yang i nak buat..kebetulan kawan i pun memang dari kelantan..dan dia pun x sangka i bule buat laksam nih..alaaa ape susah aunty2 & uncle2 gugel kan adeeee hehehhe..ok tadi carik punya carik resepi..i jumpe la resepi nih kat blog citarasawan..cumenya dalam bahan2 kisar tu i ade buat 2 3 tambahan resepi..jom tgk..terima kasih pada kak wan atas perkongsian resepi nih yaa..sekali buat alhamdulillah jadikk my laksam hehhehe..



Bahan2 laksam..
400 gm tepung beras
4 sdb tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 sdk garam halus
1100 ml air suam
Minyak untuk meleser

Cara2nya..
1. Panaskan pengukus sehingga berasap.
2. Satukan semua bahan2 kecuali minyak, gaul rata sehingga sebati.
3. Sapu sedikit minyak ke dalam loyang segi empat saiz 5x5x1 inci atau pun penutup periuk lama, tuang 1 senduk adunan tepung.
4. Kukuskan dalam pengukus selama 4 minit.
5. Keluarkan loyang, gulung ketika masih panas.
6. Potong laksam kecil2, hidangkan dalam pinggan.
7. Kacau bancuhan tepung setiap kali hendak menggunakannya supaya bancuhan x mendap ke bawah.

Bahan2 kuah..
15 ekor ikan kembong - cuci bersih - rebus bersama air - ambil isi ikan - kisar bersama air rebusan
500 ml santan
3 keping asam gelugor
1 batang serai - diketuk
3 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* - *kisar halus
3 sdb gula melaka
Garam secukupnya

Cara2nya..
1. Tuang ikan yang telah di kisar tadi ke dalam periuk besar bersama santan, asam gelugor, serai dan bahan2 kisar, biar sehingga mendidih dan kacai sentiasa.
2. Masukkan gula melaka dan garam secukupnya, kacau selalu agar kuahnya tidak berketul2.
3. Biarkan kuah di reneh dengan api yang kecil selama 15 minit.

Bahan2 sambal..
4 biji cili merah besar
5 biji cili api
1 sdk gula
1 sdb belacan
1 biji limau kasturi

Cara2nya..
1. Kisar cili merah, cili api, belacan dan gula sehingga sebati.
2. Tuang dalam mangkuk kecik dan perahkan air limau kasturi.

Bahan2 hiasan..
3 batang bunga kantan*
7 batang kacang botol*
Daun kesom secukupnya*
1 batang timun - buang bijinya* - *hiris halus
Taugeh secukupnya - buang ekor
6 biji limau kasturi - belah dua

LAKSAM KELANTAN
1. Dalam mangkuk kecil, hidangkan laksam yang telah dipotong kecil tadi bersama bahan2 hiasan, sambal belacan.
2. Tuang kuah ke dalam laksam dan siap di hidangkan ketika panas.


Wednesday 8 February 2012

OPERA CAKE

As-salam..
Entry i yang terakhir untuk malam nih, dua hari dah penat mem'baking'..nih pun mata macam ada gam pulak..esok pepagi nak gerak tengok juicy cafe..dulu i pernah buat kek nih tapi rupenya x semegah langsung, kemudian sehari2 nak buat lagi x berkesempatan, kebetulan 2 hari lepas i dapat gak buat..nih i buat makan2 aje..resepi dari CHEF ALEX GOH..


ringan aje kek nih..saiz 8 inci 1.5kg..


strawberry memang tinggal 3 ketoi aje heheheh..

Bahan2 kek..
150 gm gula aising*
45 gm tepung gandum* - *satukan dan ayak
150 gm badam kisar
4 biji telur A
30 gm butter - cairkan dan sejukkan sebentar
3 biji putih telur
30 gm gula castor

Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan gula aising, tepung gandum dan badam kisar.
2. Masukkan telur sedikit2 dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan butter dan gaul biar rata.
4. Dalam bekas lain, pukul dengan mixer putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk.
5. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.
6. Lenserkan loyang 8x8 inci dgn butter, lapik kertas minyak dan sapu dengan butter lagi.
7. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 3 bahagian.
9. Letak kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup.
10. Sapukan coffee buttercream pada semua bahagian kek, di ikuti dengan sapuan ganache.
11. Tindihkan kek lapisan kedua, ulang cara2 nombor 9 dan nombor 10.
12. Akhir sekali, tindihkan kek lapisan ketiga, sudukan dengan coffee syrup, di ikuti sapuan coffee buttercream ke seluruh bahagian kek.
13. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cream mengeras.
14. Keluarkan kek dari peti sejuk, letak kek atas redai yang di lapik dengan loyang, tuang ganache dari atas, biar ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek.
15. Hias ikut kreativiti masing2, sejukkan biar ganache mengeras.
16. Potong sisi kek (jika mahu) seperti gambar.


cara2 nombor 1 dan 2..


nombor 4..


nombor 5..


nombor 6 dan 7..


selepas di bakar..


nombor 9..


nombor 10..


nombor 10..


nombor 12 & 13..


nombor 14..


tepi2 tu nak potong pun bule..xnak potong pun bule yaa..


jom makann..

Bahan2 coffee syrup..
100 gm air panas
30 gm gula castor
1 sdb serbuk kopi segera

Cara2nya..
1. Satukan air panas dengan gula, kacau sehingga gula larut.
2. Tambahkan serbuk kopi segera dan kacau sebati.

Bahan2 coffee buttercream..
300 gm butter
80 gm gula aising - ayakkan
1 1/2 sdb coffee emulco

Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula aising sehingga gebu.
2. Tambahkan coffee emulco, pukul lagi sehingga sebati.

Bahan2 ganache..
130 gm uht whipping cream
250 gm coklat compound - sagat halus
20 gm butter

Cara2nya..
1. Buat selepas coffee buttercream mengeras.
2. Panaskan whipping cream atas api kecil sehingga berbuih di tepi2 periuk.
3. Tutup api dan tambahkan coklat dan butter, gaul sehingga adunan semua larut.

KEK BUAH KUKUS & ALMOND CRUNCHY

As-salamm semuaa..
Nih tempahan dari sahabat baik untuk hantaran kakaknya..dalamnya kek buah, tema majlis adalah hijau dan putihh..yeesssss..i memang suka hijau, so mase buat nih memang bersemangat sungguh..


kek buah kukus..resepi klik SINI ya frennn..


1.9kg..


x pakai baju lagiiii..hehehhe..


sapu dengan apricot jelly..


dah canaikan fondant tu..pastu sarungkan lee atas kek tu..


pastu u all deco la ikut kreativiti masing2 yaa..bunge tu i beli ajee..pastu i gentel2 macam bola2 tepi2 tu..


dah siappp..


yang nih pun tempahan dari PUAN NOR RASHIDAH buat hantaran kakaknya..


sumenyerrr hijauu..resepi biskut dan royal aising klik SINI yaa.. 

KEK BUAH KUKUS

As-salamm..
Dari dulu kan..i memang x suka kek buah nih tau, sekali pun x pernah buat tau..sekali tengah boring2 x buat ape..ntah macamane laa i bule 'terbuat' kek nih..dah siap buat i rase laa..masyaallahh sedapnyaa kek buah nih..tapi x la sedap sampai i makan abis kan hehhehe..i kasik 4/5 bintang..amacam ok x..memang okkk uu..x caya cer try..resepi nih i amek dari buku resepi kolesci chef ALEX GOH..jom tengok nak..


alhamdulillahh jadikkk..buahnya pun x mendap..resepinya pun simple n senang tau..


sedap tau kek buah nihhh..

Bahan2..
150 gm air
100 gm butter
120 gm gula perang
500 gm buah2 kering campuran
3 biji telur - pukul sikit
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk double action baking powder*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis* - *satukan dan ayak
80 gm walnut**
80 gm badam** -**cincangkan - bakar sebentar

Cara2nya..
1. Panaskan periuk kukusan sehingga berasap2, tutup penutup pengukus dengan aluminium foil atau kain.
2. Masak air, butter dan gula perang atas api kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan buah2 kering, gaul sebati, tutup api dan sejukkan.
4. Masukkan telur dan gaul bagi rata.
5. Tambahkan adunan tepung sedikit2 dan gaul rata.
6. Akhir sekali tambahkan walnut dan badam yg di cincang, gaul sebati.
7. Tuang dalam loyang 7 inci atau 8 inci yang telah di lenser dengan butter, lapik kertas minyak dan sapu butter sedikit lagi.
8. Kukus dalam periuk kukus selama 90 minit dengan api yang besar.


cara2 nombor 2 dan 3..


nombor 4 dan 5..


nombor 7..


selepas di kukus..


i ikut resepi dalam buku nih laa..x rugi beli tauu..sume resepi dari CHEF ALEX GOH..