Followers

Sunday 1 January 2012

SAMBAL SARDIN

Salam semuaaa..
Wah wah wah memalam cenggini pun sempat masak lagik aekk..yerla..mane x nyeee, tadi i keluar kononnya nak beli la 'nasi lemak wak kentot' jangan gelak tau!! alih alihh tutupppp ngkoooo..dah tu kebulur la anak2 i, terus balik rumah dan masak sardin nih, sardin nih pulak bukan 'ayam brand' tau, kat kulai nih MYDIN WHOLESALE baru bukak, i cuba la beli sardin 1 MALAYSIA 425 gm dengan harga rm2++, nak rase la, yerla mana la tau sedap ke kannn..kalu 'ayam brand' tu rm6.10 uuuuiihhh mahallll huhuhu..alhamdulillah sedapppp jugak kalu nak di bandingkan dengan sardin2 jenama yang lain, kalu x caya cube u all g mydin, beli, masak n rase..kalu tekak i sedappp ajeee..jom tgk sambal sardinku..


Bahan2..
1 tin sardin 425 gm
2 biji kentang - buang kulit - goreng
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *di tumbuk
2 sdb cili kisar
1 cawan air
5 biji cili api - belah dua
1 sdk asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
1 biji bawang besar - hiris bulat

Cara2nya..
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
3. Tuang air, cili api, asam jawa garam dan perasakan, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kentang goreng, bawang besar hiris dan sardin dalam tin dan renehkan sehingga ikan masak.
5. Siap di hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.


nih la sardin 1 MALAYSIA..

No comments:

Post a Comment