Followers

Tuesday 31 January 2012

RED VELVET CUPCAKES

As-salam sahabat2 semuaa..
Dah lama i x kongsi gambar red velvet nih, selalunya buat tapi x share pun, arini teringin pulak nak updated yang baru..resepi sama macam resepi kek red velvet di SINI tapi yang ini i tukarkan kepada bahasa melayu, jadi semua bole faham kan..jom kita tengok..


lame x makan sedappp jugakkk..


arini i buat x merah sangat, pewarna dah abiss huhuu..


nih order dari jiran i kat kl..

Bahan2 kek..
1/2 cawan butter - suhu bilik
1 cawan gula castor
2 biji telur
1/4 cawan serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *ayakkan
4 sdb pewarna merah
1 cawan sourcream@buttermilk
1 sdk esen vanilla
2 1/4 cawan tepung cake
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Bahan2 frosting..
450 gm cream cheese
1 cawan butter
1 sdk esen vanilla
1 1/2 cawan gula aising - ayakkan

Cara2 frosting..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese bersama butter sehingga sebati.
2. Tambahkan esen vanilla dan gula aising, terus pukul sehingga sebati.

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur dan terus pukul lagi sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk kecil, satukan serbuk koko, serbuk nescafe dan pewarna merah, gaul sehingga jadi pes.
4. Masukkan dalam adunan butter dan pukul sebati.
5. Tuang sourcream dan esen vanilla, pukul lagi.
6. Tambahkan tepung sedikit2 dan kaupbalikkan sehingga betol2 rata.
7. Dalam piring kecil, letak baking soda dan cuka, kacau rata sehingga hilang buihnya terus tuang ke dalama adunan kek, gaul lagi biar sebati.
8. Masukkan adunan dalam piping bag, pipekan dalam papercup yang sesuai sehingga 3/4 penuh, buat sehingga habis.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
10. Sejukkan di atas redai sebelum di hiaskan bersama cream cheese frosting.
11. Ambil 1 cup kek, hancur2kan dan taburkan atas cream cheese frosting tadi. Siap di hidangkan atau untuk jualan.


nih namanya x cukup pewarna ya puan2 hehehhe..


jom rase cket..

11 comments:

  1. Nyum..nyum..sedapnye..
    Kak Jom Share link..saya budak baru belajar http://just4dessert.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam sis...terliurnya...sourcream blh x sy ganti dgn plain yogurt?kalu blh,sukatan dia sama x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..oh ya, bule juga sis n sukatan juga sama ya..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan sis,

    T.kasih ats perkongsian resepi.
    Tumpang tanya 1/2 cup butter tu berapa gram ye sis?
    Moist x rv cupcake ni sis? Xpe ke adunan tu menunggu turn utk di bake?
    Sorry sis byk pula soalan. Tq ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga ya sis..
      utk sukatan klik link bawah ya..kalu nk lebih moist letakkan air dlm salah satu lubang loyang muffin tersebut..adunan dibiar lama pun xde masalah..

      Delete
  5. asslm kak, kalau buat resepi ni tapi yg kek, blh kukus x?

    ReplyDelete