Followers

Wednesday 11 January 2012

PAJERI NENAS

Assalamualaikumm sumee..
Sekarang nih kan i masak memang awal..pukul 10.30 pagi dah siap dah makanan untuk tengahari..yerlaa anak bongsu pergi sekolah jam 11.15 pg..pastu anak2 yang sekolah menengah balik jam 1.30..jadi nak x nak kena la masak sebelum si kecil pergi sekolahh..kalu x nanti laparrrr anak mamaa kannn..so minggu nih i jadikan minggu nenas lagi, arini i buat pajeri nenas yang simple..jom tengok..


Bahan2..
1 biji nenas masak - belah dua - potong keping2
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 genggam udang kering - rendam air panas - toskan* - *tumbuk lumat
1 tangkai daun kari
1 sdb cili kering kisar
4 sdb serbuk kari daging - gaul dengan 200ml air
200 ml pati santan
1 kiub ikan bilis
1 sdb kerisik
2 tangkai daun kari

Cara2nya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
2. Tumiskan pula bahan2 yang di tumbuk lumat bersama daun kari sehingga naik bau.
3. Tambahkan cili kering kisar dan biarkan sehingga garing.
4. Masukkan serbuk kari yang di gaul dengan air, biarkan sehingga mendidih.
5. Tuang pati santan dan kiub ikan bilis, biarkan mendidih baru masukkan nenas.
6. Akhir sekali tambahkan kerisik dan daun kari, biar reneh dalam 10 minit. Siap di hidangkan.

2 comments: