Followers

Wednesday 11 January 2012

MINI CAKES

Salam semuaaa..
Harini ada order 'mini cakes' lagi dari ZIRA..sekilat pantas ku menyiapkan, alhamdulillah nih dah siap dah, hanya menunggu zira datang amek aja, katanya dalam jam 10.15 macam tu..lepas dia tutup butik..terima kasih zira sudi order berkali2, aminnn..


Bahan2..
250 gm tepung optima
4 biji telur
50 ml susu segar
80 ml minyak jagung

Cara2nya..
1. Pukul tepung optima dan telur selama 8 minit.
2. Tambahkan susu dan pukul lagi dalam 2 minit.
3. Tutup mixer, tuang minyak jagung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna.
5. Lenserkan dulang saiz 10x10x1 inci, lapik kertas minyak dan lenser sedikit butter lg.
6. Tuang adunan di tengah2 loyang bergilir2 ikut warna, Buat sampai semua adunan habis.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
6. Sejukkan atas redai dan potong kek sebesar 1x1 inci.
7. Susun kek atas papan kek bersaiz 16x16 inci dan hias dengan buttercream dan assessories yang lain.

Bahan2 buttercream..
250 gm krimwell
100 gm susu pekat manis
40 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Pukul semua bahan2 sehingga sebati dan putih, gunakan kelajuan sederhana.
2. Boleh letak pewarna atau perasa jika suka.


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak...
    sedapnya...simple jer bahannya2...boleh try gak ni..mesti kids suka hiasan mcm akak wat ni...

    ReplyDelete
  2. wslm wbt sis Wan anita..a'aa simple aje resepinya bule cuba yaa, mmg budak2 sukee..

    ReplyDelete
  3. baiknya u ni. share resepi skali.makasih ya. smg u murah rezeki slalu.amin.

    ReplyDelete
  4. mama tiara..xde la sis, biasa ajaa, aminnn atas doanya ya, u pun sama gak..

    ReplyDelete