Followers

Sunday 1 January 2012

MARBLE CAKE

Assalamualaikumm sahabat2..
Selamat tahun baru kepada semua sahabat handai dan seluruhnya rakyat jelata, semoga tahun 2012 menjadi lebih berkah buat kita aminnn..
Mempersembahkan kek tahun baruu..cewahhh..sebenarnya lamaaaa sangat nak buat kek nih, arini alhamdulillah dapat jugak i buat dan merasa kek nih, resepi nih i dapat dari rumah CMG, terima kasih pada beliau yang sudi berkongsi resepi, tapi i ade tukar sedikit bahannya seperti di bawah, kepada yang nak cube resepi asal klik SINI yaa..


memang lembuttt gileerrr uuu..


sedap pun sedappp..


tadaaa..haaa tangan sapee tuu..


nih namanya kek yang hampir2 hangus, masa bakar i tengah tidoo..tau2 dh hitam cket n retak menanti belah..hehheeh..nasib baik sempat di selamatkan..

Bahan2..
250 gm gula castor
1 sdb ovallete
5 biji telur A
300 gm butter
280 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayak
30 gm gliserin
20 ml air mawar
2 sdk coklat emulco
2 sdk strawberry emulco
1 sdk pewarna merah
1 sdk esen rose

Cara2nya..
1. Pukul gula dan ovallete sehingga rata, masukkan telur, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga naik sekali ganda.
2. Dalam bekas lain, pukul butter menggunakan mixer yang sama juga (x cuci pun xpe) sehingga putih.
3. Dengan kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit2 dan pukul sehingga sebati.
4. Tuang adunan no. 3 kedalam adunan no. 1 dan terus pukul sebati.
5. Satukan gliserin dan air mawar dan tuang dalam adunan dan pukul sebati sebentar.
6. Tutup mixer, bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
7. Letakkan coklat emulco pada 1 bahagian, strawberry emulco dan pewarna merah 1 bahagian dan esen rose 1 bahagian, gaul rata.
8. Tuang secara bergilir2 adunan dalam loyang saiz 8 inci.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 175C selama 55 minit atau sehingga masak.


jom makann..

4 comments:

  1. cantik warna kek akak..suka la warna merah ni..:) selamat tahun baru kak..:)

    ReplyDelete
  2. quinnie..makasihhh qqq..n selamat tahun baru jugak ya, semoga 2012 lebih berkah buat kita semua..

    ReplyDelete
  3. cantiknya warna, akak pakai warna apa? kek pun rata

    ReplyDelete
  4. sis zaza..yg warna tu akak guna emulco + pewarna..pewarnanya org kasik, dbeli dr spore ygg..

    ReplyDelete