Followers

Tuesday 10 January 2012

LEMAK CILI API KETAM BERNENAS

Assalamualaikumm sahabat2kuu..
Minggu ini i jadikan minggu nenas, sebab nenas kat umah nih ade banyaakkkk sangatt..jadi i mulakan dengan lemak cili api nenas..amacam ok x?? i x biasa buat masak lemak nih, selalunya encik suami yang buat..nih i tiru2 cket la resepi encik suami..jom la tengok macamane..


sedappp jugak siss..

Bahan2..
4 ekor ketam - belah dua - rendam dengan asam jawa - cuci bersih
1/2 biji nenas - potong kecil
10 biji cili api hijau*
8 biji cili api merah*
1 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras* - *kisar halus dengan sedikit air
1 batang serai - diketuk
500 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 batang bunga kantan - belah dua
1 genggam daun kesom
Garam dan perasa secukupnya

Cara2nya..
1. Masukkan bahan2 kisar dan santan dalam periuk, kacau sentiasa, biarkan mendidih dengan api sederhana.
2. Masukkan ketam, nenas, serai, asam gelugor, bunga kantan, garam dan perasa, renehkan dengan api kecil sehingga mendidih dan santan masak.
3. Tambahkan daun kesom dan gaul rata, tutup api dan hidangkan.


jom jamuu mata heheh..

No comments:

Post a Comment