Followers

Wednesday 18 January 2012

KERIA

As-salam semuaaa..minggu keledek pulak, minggu lepas minggu nenas, minggu nih kita buat minggu keledek yaa, semalam buat muffin keledek, arini buat keria..esok esok punya crita yaa heheheh..esok anak2 bule la bawak g skolah keria nih, kt umah nih memamng anak2 suke keria atau donut dua2 anak2 suka, mama pun suka hehehhe..


makan petang2 nih sedapppp..


jom makannn..


siap di bulat2kan..


pastu gorengkan sampai keemasan cenggini yaa..


alaaa gambar yang gaul dengan gula x sempat nak amekk..lain kali yaa..

Bahan2..
700 gm keledek oren - kupas kulit - potong kecil - rebus - lenyekkan - sejukkan
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan air

Cara2nya..
1. Satukan keledek yang telah di lenyek bersama tepung gandun, gaul sehingga sebati, memang akan melekat.
2. Ambil adunan dalam 30 gm uli menjadi bulat dan lubang di tengah, sambil uli tabur tepung sedikit di tangan, buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak, goreng keria dengan api sederhana.
4. Tuang gula castor dan air dalam kuali, biarkan mendidih sehingga menjadi buih2 pekat.
5. Masukkan keria, gaul sehingga semua gula melekat pada keria.
6. Perlahankan api dan terus gaul sehingga gula menjadi kering.

2 comments:

  1. Keria...oh keria...tetap popular sehingga sekarang..kuih evergreen kita ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerla sis Paty..dari dulu sampai sekarang x pernah lupe dgn keriaa..

      Delete