Followers

Wednesday 11 January 2012

DAGING MASAK LADA HITAM

Salam semuaaa..
Terlewat updated ckeeettt ajee..yerlaa sekarang nih i kena amek anak2 balik sekolahh, kalu dulu ada yang amek, tahun nih dah xde org nak amek, dah tu pulak anak dara i kata nih tahun terakhir dia sekolah so dia nak i anta dan amek dia balik sekolah..ok ok la..i pun setujuu walaupun terkejar2, anak2 punya pasal semua no problem..so nih i baru balik amek anak2 dari sekolah, anak2 pun dah makan, baru la sempat updated..jom tengak daging masak lada hitam..


Bahan2..
1 kg daging - hiris nipis - rebus - simpan airnya
2 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb lada hitam - tumbuk kasar
3 cawan air rebusan daging - tapiskan
5 sdb sos lada hitam
4 sdb sos kicap manis
2 sdb kicap pekat
1 kiub daging
1/2 biji cili benggala hijau - hiris halus
1/2 biji cili benggala merah - hiris halus
10 biji cili api - belah dua

Cara2nya..
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam tumbuk dan kacau sebati.
3. Tuang air rebusan daging, daging yang telah di rebus, sos lada hitam, kicap manis, kicap pekat dan kiub daging, biarkan mendidih dengan api kecil selama 10 minit.
4. Tambahkan cili benggala hijau dan merah serta cili api, gaul sebati dan biarkan lagi dalam 10 minit.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


lada hitam yang di tumbuk kasar..


jom makan.

No comments:

Post a Comment