Followers

Sunday 7 August 2011

DALCA BEBOLA DAGING

Assalamualaikumm freeennnn..arini last kopek lauk dlm peti sejuk..mmg tinggal ayam 1 bekas, bebola daging 1 paket n sedikit sayur2...ermmm ape nk buat yaa?? fikir punyer fikir yg bebola daging n sayur i buat dalca..ok kan freenn..jom lihat bahan2..


Bhn2..
20 biji bebola daging
1 cwn kacang dhal - cuci bersih - rebus 10 mnt - toskan
3 sdb rempah kari daging
2 cwn air
200 ml santan kotak
1 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor
Garam n gula secukupnya
8 btg kacang panjang - hiris panjang2
1 btg lobak merah - potong panjang
1 bj terung - potong serong
1 bj kentang - potong enam
3 bj cili merah besar - belah dua tp jgn putus
3 bj cili besar hijau - belah dua tp jgn putus
1 bj tomato - belah empat

Bhn2 tumis..
1 bj bwg merah besar*
3 ulas bwg putih* - *dhiris
2 tangkai daun kari
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 bj buah pelaga

Bhn2 kisar..
1 bj bwg merah besar
3 ulas bwg putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
6 bj cili api
5 bj cili kering - potong - rendam air panas - toskan

Caranya..
1. Pnskan sdkt minyak, tumis bhn2 tumis shingga naik bau.
2. Masukkn bhn2 kisar n rempah kari daging, tumis lg hingga naik minyak.
3. Masukkn bebola daging, gaul rata kemuadian tuangkan air n santan, biarkan mdidih.
4. Masuk pula kacang dhal, kiub ayam, asam gelugor, garam n gula secukupnya, kemudian gaul rata.
5. Masukkn kacang panjang, lobak merah, terung, kentang, cili merah, cili hijau n biar mereneh dlm 15 mnt.
6. Akhir skali masukkn tomato n biarkan lg ats api kecil dlm 10 mnt. Siap.


dahh siappp..


bebola daging yg biasa i gunakan dlm setiap masakan..


No comments:

Post a Comment